Salam sejahtera..
gambar ehsan google
Saya baru pulang dari Hospital Tg Karang kerana menghantar anak sulung saya Ummi Nashrikin yang akan melahirkan anak kedua yang juga cucu kedua saya.
Anak saya ni menetap di Kuantan. Tiga hari lepas saya balik umrah, saya bergegas ke Kuantan untuk bawa cucu sulung saya balik ke Tg Karang..mane la tau kot dia tak sempat balik ke kampung dah pula bersalin..
Tapi awal minggu lalu.. Ummi balik ke kampung sebab dia nak juga bersalin di sini.. lepas tu mula la saya menghantar Ummi untuk buat check up di klinik dan hospital disini.. Saya pun dah tak senang duduk. .nak keluar atas urusan pun risau sebab tarikh bersalin dah lewat lima hari..
Dah ada tanda awal bersalin sejak tiga hari lalu tapi Ummi masih tak nak ke hospital lagi sebab kalau mengikut pengalaman pertamanya, masih lambat lagi proses nak melahirkan..
Tapi malam ni saya ajak juga Ummi ke hospital sebab disana tentu lebih selamat dan hati saya pun agak tenteram..Ummi sudah ditempatkan di wad dan saat ini sedang menunggu waktu melahirkan..
Ya Allah..selamatkan lah anak dan cucuku..kuatkan la semangat mereka.. permudahkan lah ya Allah..Amin.
0 comments:
Post a Comment