Salam sejahtera sahabat2 yang mengenali dan kawan2 yang sudi singgah di blog saya.Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa semoga ramadhan ini akan meningkatkan kualiti iman mengukuhkan jalinan ukhuwah dan semoga Allah memberi keampunan, keredhaan dan keberkatan di bulan mulia.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim.
Tahun ini sangat menguji semangat kami..siapalah kita yang dapat melihat takdir.
Anak bungsuku Ahmad Zakwan 14tahun menyahut panggilan Ilahi pada 31hbjan09 kerana kemalangan jalanraya selepas seminggu berada di icu hospital Sg Buluh.
Belum lagi reda tangisan kami bapa mertuaku hj Salahuddin 86tahun menyusul meninggalkan kami pada 11hbfeb09..
Embah sangat sayangkan wan sebagaimana wan juga, rupanya wan menunggu embah.Berhari2 embah demam menyebut mengenangkan wan akhirnya Allah menjemput embah untuk bersama wan di sana.
Ya Allah, rindunya mama dengan mu nak. rasa ini tidak luput hingga saat ini. Mama hanya diberi sedikit waktu untuk menjaga mu.Belum puas memenuhi permintaan mu. Wan anak yang baik, tiada dosamu pada kami, mama halalkan segalanya. Wan di senangi dan disayangi oleh semua orang yang mengenalimu.
Ramadhan ini tiada lagi permintaan untuk berbuka, tiada lagi embah minta dihantar ke masjid, tiada lagi wan bermain meriam dengan kawan dan tiada lagi mama menunggu wan bertaddarus di masjid.
Ya Allah luka dan sakitnya ya Allah. Aku terima segala qada dan qadar ini. Anugerahkan kami ya Allah kekuatan iman atas segala dugaan yang Kau timpakan. Hanya Engkau ya Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuknya, segalanya kami berserah jangan lah kami diuji lagi kerana kami takut ya Allah tidak mampu untuk melaluinya.
Mama tidak akan berhenti berdoa untuk mu semoga Allah mengampuni mu dan mencucuri rahmat keatas roh mu dan embah dan semoga diletakkan disisi orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN
Ramadhan yang sahdu
8:36 AM |
Labels:
keluargaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
mama...kuatkan hati...
sara sayang mama...
salam kak aton...
Allah Maha Mengetahui kak..Dia tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan makhlukNya yang juga hambaNya...
semoga kak aton terus tabah...
maaf kak tadi salah taip huruf..
Sara..anak2 lah kekuatan mama.Sayang sara juga.
Salam inna.. terima kasih doakan untuk kk.
Selamat berbuka untuk inna dan keluarga.
makcik jgn sedih2 tau........umi kan dah ada baby so dah ada teman untuk mengubat rindu.....take care k...semoga allah panjgkan umur makcik n pakcik sekeluarga
Salam emma..Insyallah n terima kasih
Post a Comment