Selamat Hariraya Aidiladha




Sempena hariraya haji saya mengucapkan selamat hariraya aidiladha kepada semua rakan mayaku dimana jua anda berada semoga esok hari yang ceria dan membawa rahmat buat kita semua..
Pagi ini saya gembira sekali menerima kunjungan seorang lagi rakan maya..Nannie dari my passion bersama keluarganya datang singgah kerumah.
Menerima tetamu yang sealiran memang seronok, banyak perkara yang diborakkan dan banyak ilmu yang diperolehi jika kita pandai menfaatkan dari pertemuan itu. Nannie seorang yang tidak kedekut ilmu, meminati set2 lama dan pandai menjahit
..




Biasalah.. kami pun barter set lama dan ada juga yang nannie beli dari saya,
Inilah seronoknya berkawan, walaupun jarak rumah agak jauh..nannie dibandar yang sibuk saya pula jauh dikampung dan hanya kenal diblog sahaja..
Satu waktu dulu saya hampir singgah kerumah nannie tapi tak ada rezeki nak jumpa..tapi akhirnya dapat juga bersua muka.
Setakat ini jumpa lagi dan terima kasih singgah di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set bunga hijau



Salam sejahtera rakan-rakan maya ku..semoga anda semua ceria bersama keluarga tersayang.
Hari ini saya nak tunjukkan set cawan yang saya dapat dari satu kedai apek..Sebenarnya hari tu banyak kedai lama yang saya masuk tapi pencarian saya hampa. Akhirnya saya terjah satu kedai yang terakhir dengan harapan saya dapat sedikit ol
e-ole.


Dan inilah yang saya jumpa..


Set yang saya dapat ni agak lengkap dengan teko, sugar n creamer bowl, 6piring kueh, sebiji pinggan besar dan biasa la kalau set lama ni mesti ada yang kurang.. set cawan hanya ada 5biji.. Ok la kan..

Set ini berwarna putih bersih dengan bunga hijaunya sangat memikat hati saya..

Ok jumpa lagi..dan terima kasih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kiriman rakan maya

Salam sejahtera dan jumpa lagi rakan maya semua..semoga anda semua sentiasa gembira menjelang cuti sekolah yang panjang..



Pada minggu lepas saya menerima ban
yak kiriman daripada rakan blogger, samaada dari yang dibeli atau barter. Suatu yang menjadi kerisauan ialah bila menerima bungkusan, barang tidak sempurna akibat kegagalan pengurusan penghantaran. Betapa sedih yang menerima tentu begitu juga pada yang memberi.



Antara kiriman yang saya terima ialah dari nor64. Saya menerima set oc rose white & red berupa pinggan(mangkuk) nasi, piring kueh d
an sugar bowl yang memang saya nak sangat. Nor juga menitipkan teko mini dan ceramik bowl.. sangat comel.





Sedihnya piring kueh tidak dapat diselamatkan tetapi teko mini yang patah tiga pada tangkainya dapat dibaiki..bab ini saya serah kat anak saya..sara. Akhirnya teko mini ini boleh juga di pandang di pegang jangan..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada nor yang dapat melengkapkan set oc saya. Satu masa nanti saya akan buat N3 untuk set oc pula.
Terima kasih juga kepada rakan2 maya yang sudi menjual,berbarter atau memberi seikhlas hati kepada saya..saya sangat2 menghargai. Semoga akan berterusan di masa akan datang..
Setakat ini jumpa lagi. Terima kasih


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagi Set Hitam..

Salam sejahtera rakan maya..

Sepanjang minggu ini jadual saya sangat padat dan sibuk..Dari menyelesaikan bil-bil, urusan bank, menghantar rawatan ulangan hospital untuk
emak dan emak mertua, dan segala macamhal tapi dipenghujung minggu Alhamdulillah hampir kembali sediakala..
Saya baru balik dari perlis sebab ambil anak cuti sem uitm.
Untuk sebulan setengah akan datang ada la kawan bercerita dirumah dan harap boleh la memasakkan makanan kegemarannya.



Hari ini saya nak tunjukkan koleksi hitam lagi ia itu set kekwa hitam. Koleksi ini sangat popular di kampung seperti juga set kangkung mu
ngkin kerana ketahanannya.



Set cawan bujang ni biasa diguna dulu2..sekar
ang pun masih juga.



Saya tenguk kat blog rakan, bentuk teko yang ada hanya bentuk bulat ni je..tak ada ke yang bentuk aladin atau bentuk yang lain boleh la kita barter. Creamer dan sugar bowl pun saya tak jumpa lagi..
Setakat ini, semoga rakan maya terus beroleh rezeki semasa mencari koleksi lama ini..
Terima kasih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Bunga Padi

.

Salam sejahtera.

Set bunga padi hitam agak populur juga dikalangan blogger..Ramai yang dah ada kan. Betul kata rakan blogger semua, walaupun berwarna hitam putih ia tetap menawan.



Set cawan padi ini memang dah ada lama kat rumah ni..milik ibu mertuaku.. Saya carikan ahli-ahli familynya yang lain je..Alhamdulillah dipermudahkan
Mesti ada lagi bentuk teko dan cawan yang lain kan.. Mey kita tenguk kat blog otai2 kita..banyak body dan cuttingnya yang berlainan.. memang sangat bergaya.

Saya ada lebih set cawan ni (6cawan & 6piring)masih baru, jual atau barter.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi comel

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.

Hari ini saya nak tunjukkan beberapa koleksi cawan comel yang tak lengkap. Cawan-cawan ini pada asalnya kepunyaan arwah nenek yang saya jumpa pula tersorok dalam kabinet dapur makcik.
Cawan ni sangat comel ada penutupnya dan meriah dengan b
unga.

Tiga biji cawan dari bunga yang sama tapi apa na
ma bunganya kurang la arif tapi dua biji lagi tu dah sah bunga sakura..kan.


Saya juga ada teko comel ni
Kalau saya tenguk kat blog kawan tu, namanya bunga ros liar ye...

Koleksi ini hanya ada teko comel ni je..masa cari kat kedai apek dulu2, terjumpa teko comel ini tapi sampai sekarang belum dapat carikan familynya lagi. Ada juga jumpa sale kat blog tapi dah blogger lain rembat dulu...tak pe sabar-sabar.

Setakat ini jumpa lagi dan terima kasih sudi singgah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS