My First GA PRIMROSE TOUCH

Salam sejahtera..
GA datang lagi.. kali ini rina dari PRIMROSE TOUCH


Jom sama memeriahkan..antara syarat2 yang mudah..
1) Mestilah menjadi follower blog -http://primrosetouch.blogspot.com  dan http://musbarina.blogspot.com
2) Linkkan blog ni dlm blog anda
3) Buat N3 ringkas tentang GA ini dlm blog anda..
4) Tiada blog..boleh gunakan fb dan link GA di wall anda
5) Tinggalkan link anda dlm comment
6) Komen tentang blog ini..
Mudah kan..selamat berjaya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesin lama

Salam sejahtera...
Sejak suka berblog ni memang banyak benda baik yang kita boleh jadikan panduan antaranya cara mendeko rumah dengan menggunakan barang-barang lama..Walaupun saya bukan pandai pun hias rumah tapi selalu  Azlina  kata..rumah kita kak suka hati kita la nak hias macammana pun tak de salahnya.  Selain almari lama saya juga ada beberapa barang lama yang boleh digunakan sebagai barangan deko..Sesuai sangat lah dengan konsepnya..rumah lama guna je barang lama yang ada ..Antaranya ialah kaki mesin jahit.




 Lepas dicat dan dihias lebihkurang..dicat dan decal memang cantik dan ramai tetamu yang datang rumah bertanya mengenainya... kalau tetamu suami yang datang dan bertanya, suami saya dengan penuh yakin akan menerangkan cara mendecal atau decopage..pada hal dia tak tau pun cuma tenguk je dari jauh..tolong cat pun idak..katanya, "Aku cakap je memangla senang..
Jumpa lagi..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pokok Nangka

Salam sejahtera
Setahu saya ada dua jenis nangka..nangka sayur dan nangka untuk dimakan yang terdiri dari berbagai nama.
Nangka sayur sangat sedap bila dimasak lemak kuning atau direbus dan dicicah sambal.
Geram kan tenguk pokok nangka berbuah lebat dari atas hingga perdu pokok..saya ambil gambar ini semasa lawatan kerja di sebuah rumah JPS..
Nak minta/beli tuan rumah tak de pula kat rumah..nak ambil segan la kat pokok tu..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sukarkah Hidup Ini

Salam sejahtera..
Sekadar berkongsi gambaran kehidupan yang dilalui..



Dalam usia yang semakin senja mereka masih gigih menyumbang untuk ekonomi keluarga.. Gambaran kehidupan ini diambil dari negara jiran Indonesia dan pastinya masyarakat Malaysia pun sangat berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga..sangat bersyukur dilahirkan dan tinggal di Malaysia yang aman makmur dengan segala  kekayaan dan kemudahan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga Orkid

Salam sejahtera..
Rasa bengang je bila kamera dah bermasalah, mula tu kamera, dah beli baru memori pulak merajuk..lepas tu card reader buat hal..tapi dik kerana kegembiraan berblog saya layan je lah masalah2 macam ni...
Dari gambar2 yang dah ada dalam simpanan, saya suka berkongsi  gambar bunga yang saya tanam.. Hobi menanam bunga ni dah lama wujud, ini ialah salah satu bunga yang serasi dengan tangan saya.. 


Saya tak tahu apa namanya tapi ia dari family orkid..bila berbunga memang cantik berwarna kuning kehijauan. Inilah salah satunya hobi mengisi masa,saya.. menceriakan hati dan kawasan rumah bila bunga yang ditanam hidup subur.
Jumpa lagi. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Embah Buyut

Salam Sejahtera..semoga sihat dan ceria selalu..



Alhamdulillah Saya  masih ada nenek yang kami panggil embah Hajjah Khamsiah Hj Noorsalim berusia lewat 90'an..Embah anak kedua dari 4orang adik beradik dan kesemuanya masih ada cuma embah dan abangnya agak uzur, walaupun begitu embah masih boleh mengenali kami waris2nya, pendengaran masih jelas cuma pandangan mata sudah kabur..Sekarang pergerakan embah agak terbatas, hanya merangkak untuk bergerak dan embah masih mampu menunaikan solat secara duduk.
Embah ada 6 orang anak,  emak saya anak kedua dan anak saya cicit pertama yang berkahwin..Saya pun tak tahu apa panggilan untuk cucu saya yang pastinya kami sangat gembira embah dikurniakan umur panjang dan mendapat kesihatan yang baik..
Ramai orang bertanya apa pemakanan embah tatkala penghujung usia dia tidak terlantar..entah laa, embah makan seadanya susu2 pun dia x minum. Masa mudanya pun dia bukan orang senang, berniaga kuih, sayur2an, berkebun dan bersawah.
Semoga embah diberkati Allah sepanjang usia..Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Almari lama 4

Salam sejahtera,
Almari lama ke 4 ini sebenarnya ialah almari solek  tapi cermin mukanya dah pecah.. kayunya masih elok saya hanya varnis sahaja.

Almari ni saya guna menyimpan barang2 permainan dan gambar cucu kesayangan...kat sini la saya melayan rindu..
Jumpa lagi..




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi Nescafe

Salam sejahtera..
Saya ni memang suka minum nescafe walaupun ramai yang cakap tak elok minum minuman ni..Pada saya asalkan badan masih boleh menerima minum lah.. Biasanya sekali sehari  nescafe akan menemani saya..selalunya selepas solat maghrib, sambil2 tenguk tv saya minum lah nescafe.. 
Bila dah beli nescafe ada la sebiji dua barangan  percuma yang dikumpul..Rajin syarikat ini memberi barang percuma dan lama2 ia jadi koleksi nescafe..








Ramai juga pengumpul koleksi nescafe dan sekarang barang percuma ini dijual dengan harga yang agak tinggi..Saya mengambil peluang juga untuk menambah koleksi ini,..beberapa barang percuma ini, saya beli secara online..dan ihsan dari kawan2.
Banyak juga mug yang dah pecah sebab dulu saya guna tuk minum nescafe, hihi sekarang saya simpan dalam almari. walaupun barang percuma tapi saya memang sukaaaaaaaaaa..


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bendang

Salam sejahtera..
Saya tinggal di Tanjung Karang dimana disini la letaknya sebahagian kawasan sawah padi Barat Laut Selangor..dikatakan kawasan yang paling produktif sekali di Asia Tenggara.
DiTanjung Karang kawasan sawahnya disebut Sawah Sempadan dan bendang ialah nama lain bermaksud sawah.. majoriti pesawah disini adalah orang Melayu. Ada yang mengusahakan secara sambilan yakni ada kerjaya lain dan sepenoh masa sebaga petani/pesawah. Ramai belia juga sudah menceburkan diri dalam pekerjaan ini kerana banyak peluang pekerjaan ada disini..
Kalau pun belia ini tidak mempunyai sawah, mereka mengambil upah kerja-kerja sawah seperti meracun membaja membajak dan lain lain lagi yang pastinya mendapatkan pendapatan..
Antara yang dapat saya kumpulkan gambar-gambar suasana dibendang..

Ramai yang suka memancing di kawasan sawah..bila saya tanya ada juga yang datang dari bandar sekitar Lembah Klang..sambil memancing mereka membawa anak isteri berkelah ditepian bendang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kaktus Berbunga Lagi~


Salam sejahtera...
Bukan mudah nak pujuk kaktus saya berbunga.. Kadang-kadang dah berputik lepas tu layu sebelum berkembang..
Ada juga jenis nya yang suka berbunga, seperti...kaktus kat atas tu, memang suka berbunga :)







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Almari Lama 3

Salam sejahtera..
Hai.. Almari lama lagi..harap ada yang suka..
Ini sebenarnya almari lauk yang dah lama sangat tak diguna, letaknya pula dah kat luar rumah.. Rasanya almari ni berusia puluhan tahun..sejak saya berkahwin, almari lauk ni pun memang  dah ada..
Dulu kat depan tu guna dawai mata punai, bila dihantar untuk baikpulih  gantikan dengan cermin  di varnis dan dicat putih sebelah dalamnya..





Kalau almari yang lain saya guna simpan koleksi PML, almari ni saya nak letak alat-alat pertukangan arwah bapa mertua. Dulu bapa mertua seorang tukang membuat rumah tapi anak2 lelaki tak mewarisi pula..
Sebenarnya banyak lagi alat pertukangan yang ada tersimpan di stor..pelan-pelan nanti saya masukkan kat rumah barunya.
Saya harap dengan cara begini alat-alat pertukangan ini dapat dijaga dan dilihat oleh anak-anak dan cucu cicit.
Jumpa lagi dan terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS