Salam Aidilfitri

Selamat menyambut Syawal yang mulia..


dari kami sekeluarga buat teman bloggers yang disayangi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjelang Syawal

Salam sejahtera semua rakan bloggers..
Semua umat Islam mesti sedang sibuk menjelang Syawal yang akan menjelang tidak berapa lama lagi..kemas rumah..hias rumah..buat persediaan menyambut tetamu..beli barang keperluan dan banyak lagi kan.. Masa memang sangat pantasnya berlalu..



Saya dah kemas rumah juga..tapi masih banyak yang perlu dibuat.. tempahan sulaman ada yang belum siap dan tetiba anak saya sara pun mengambil tempahan craft dari kain felt untuk dibuat brooch dan keychin..akhir2 puasa ni banyak pula tempahannya..apa pun syukur semua tu rezeki buat sara..  Selagi semua tempahan tak siap kami masih tak dapat mengemas rumah sepenuhnya..harap sangat hari ini dan esok semua selesai..
Selamat berkemas dan menghias rumah..jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan 1433H



Hari ini genap  16hari kita berpuasa dibulan Ramadhan..terasa sangat cepatnuya masa berlalu..Pelbagai program sudah dijalankan  untuk  pengisian rohani..Alhamdulillah  bertadarus dimasjid ditempat saya pun sudah selesai dan pada minggu hadapan  akan diadakan pula solat2 sunat dan majlis berkhatam..semoga saya diberi kesihatan yang baik agar dapat hadir di majlis itu nanti.

Puasa kali ini.. anak saya Sara dapat berpuasa dirumah sepenuhnya..ada la kawan waktu berbuka..Saya lebih suka masak untuk berbuka..dan sara akan ke bazar Ramadhan untuk mencari tambahan makanan yang digemari..seboleh mungkin saya cuba untuk mengelak pembaziran tapi nafsu makan kita pun tak jangka.. kadang-kadang terbeli makanan yang sudah di panaskan semula atau makanan langsung tidak sedap dimakan..

Selain tu aktiviti saya menjelang Syawal yang mulia mestilah membersihkan rumah.. Letak la perabut yang ada ke sudut lain dan alih-alihkan hiasan agar ade sedikit pembaharuan dari segi dekor walaupun semuanya  barang lama..Alhamdulillah semuanya masih dapt mengembirakan dan menceriakan hari-hari saya..

Semoga kita berjumpa lagi..selamat berpuasa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS