Bapa Dalam Kenangan



Salam sejahtera..
Pada hari Sabtu lepas keluarga saya mengadakan kenduri tahlil untuk arwah bapa Hj Munasir yang telah meninggal sebelum puasa lalu. Alhamdulillah majlils tahlil selamat diadakan selepas solat maghrib. Biasalah pada masyarakat jawa nasi ambeng akan dihidangkan tetapi sekarang banyak juga majlis tahlil sudah menggunakan sistem layan d
iri..Ape pun cara yang penting ialah kehendak dan keikhlasan tuan rumah..



Pada sebelah petang kami menyediakan jamuan untuk kawan2 dan jiran2..Saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput rakan bloggers kerana majlis diadakan dirumah emak hanya rakan keluarga emak dan kawan sekerja adik sahaja yang dijemput..Alhamdulillah Azlina dan keluarga yang kami anggap seperti saudara pun dapat datang. Wak Wahid dan Aiman pun hadir pada majlils tahlil disebelah malam.


Mengimbau sedikit mengenai arwah..bapak ialah anak yatim yang datang dari Indonesia bersama ibunya ketika berusia 9tahun. Pada masa itu yatim dan miskin sangat dihina dan dipinggirkan..Sangat payah melalui kehidupan menjadi yatim, miskin dan terus miskin kasih sayang. Dengan kudratnya bapa bertekad akan mengubah diri agar keluarganya tidak dipandang hina dan tidak terus miskin. Bapa seorang yang sangat kuat bekerja, melakukan apa2 sahaja kerja kampung, setiap sen disimpan dan dilaburkan dengan membeli tanah2 kebun. Walaupun bila bapa sudah agak senang bapa masih lagi aktif bekerja sahingga bapa jatuh sakit.

Arwah tidak pernah sekalipun pulang ziarah ke Indonesia dan kami anak2nya tidak tahu langsung mengenai kehidupan warisnya disana. Pada bapa kehidupannya ialah disini.. tanah bertuah Malaysia. Empat orang anaknya.. Mohd Sunar, saya, Dewi Rahayu dan Dewi Dirwana kami yakin akan dapat meneruskan semangat bapa yang rajin, kuat
bekerja dan sentiasa positif melalui kehidupan.



Walaupun semasa hayat, bapa jarang menunjukkan kasih sayang pada anak2 pastinya kehidupan keras yang dilalui menghalang untuk bapa berjiwa lembut..tetapi kami yakin segala kehidupan dan susahpayahnya ialah untuk anak2 dan isteri.. Kami sangat rindu dan kehilangan..AlFatihah.
Semoga
diampunkan Allah dan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman dan beramal soleh..Amin

Terima kasih dan jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kad Raya

Salam sejahtera buat teman-teman bloggers..
Masih dalam suasana hariraya..di kesempatan ini saya datang untuk mengambil kad raya untuk menghiasi laman singgah aton. Saya sangat2 hargai dan gembira atas ingatan teman.
Antara yang dapat saya ambil..











Semoga bersua lagi..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya AidilFitri


Salam sejahtera teman teman bloggers.
Sempena syawal yang akan menjelang saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat teman-teman bloggers..Semoga di hari mulia ini teman-teman semua gembira bersama keluarga tersayang..kalau sudi jemputlah datang kerumah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempahan sulam

Salam sejahtera..

Sukanya saya hari ni sebab hampir semua tempahan sulaman sudah siap, yang tinggal hanya baju keluarga terdekat sahaja. Bertahun saya me
ngambil tempahan sulaman, kali ini lah yang paling sedikit kerana saya berhenti mengambil tempahan sebaik arwah bapa jatuh sakit..Selepas bapa meninggal pun saya tidak lagi mengambil tempahan, yang ada hanya tempahan yang terdahulu..

Tahun ini tidak ramai yang minta sulam kerawang tebal..saya pun suka sesangat, ramai yang minta sulam ringkas dan sulam giler2 yang lebih sena
ng prosesnya..
Ini antara sulaman yang saya buat untuk pelanggan saya..


Saya pasti rakan maya pun sudah bergantungan baju untuk beraya dan lepas ni pula kita sibuk untuk menyediakan kueh raya...Saya hmmm bertahun tunjuk je, tak rajin lah..Kita bagi sokongan pula pada kawan2 yng berbisnes kueh raya.
Ok jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS