Banana ball

Salam Sejahtera..
Kat kebun keliling rumah  dulu penuh dengan pokok pisang, memang tak susah kalau nak buat makanan berasaskan pisang..ade lebih dijual dan juga beri pada kawan2 yang tidak ada pisang..
Tapi sekarang ada sejenis virus yang datang memusnahkan pokok pisang yang sudah mengeluarkan hasil... Sebelum pisang tua pokoknya akan tumbang..Selain tu bila harga buah pisang agak mahal..pisang pun menjadi perhatian sang pencuri pisang..semuanya tak selamat..
Jika ada buah pisang masak selain digoring sedap juga dibuat cekodok pisang..apa kata budak sekarang "banana ball".. nama  yang di update kan..





Saja je saya campur dengan susu tepung dan oat untuk menambah perisa..selain tu kan berkhasiat.. 
Kalau banyak pisangnya saya simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk dan kalau ada tetamu hujung2 minggu ni boleh la digoring..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rebung madu

Salam sejahtera
Suami  saya ada menanam pokok buluh madu di sebelah rumah..semuanya ada lima rumpun dan sekarang  sudah  mengeluarkan banyak rebung..dikenali sebagai rebung madu..
Terpaksa lah saya mengambil rebung ni dan saya sedekahkan pada jiran dan kawan-kawan..kalau tak pokok ni akan menjadi buluh yang sangat besar..sepatutnya pokok buluh ni tidak sebesar ini tapi bila suami tidak berkesempatan  nak membela jadi la seperti ini..






Selepas di hiris rebung dimasak bersama garam..lepas tu baru dimasak atau disimpan dalam peti sejuk..
Dipasaran rebung madu memang digemari..boleh di masak kari..masak lemak cili api..rebus dibuat ulam dan kerabu dan macam2 lagi mengikut kesukaan suri rumah..
Rebung ini tidak sama dengan rebung jeruk yang berbau.. Ada kawan suami yang maenjadikan rebung madu ni sebagai menambah  pendapatan..
Kalau di kebun sebatang berharga rm2-4..tapi kalau rakan blogers saya bagi percuma jee..
Jom masak rebung madu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baik pulih dapur

Salam sejahtera
Sudah agak lama juga hasrat hati nak baikpulih siling dan dinding rumah dapur..baru la hari ini dapat dilakukan bila keewangan sudah mencukupi dan dapat pula tukang rumah seperti yang dihajati..
Kerja-kerja seperti dalam gambar ni baru dilakukan pada hari pertama.




Pada mulanya kami hanya nak tukar siling dan beberapa keping dinding yang sudah rosak kerana faktur usia dapur ni..Tetapi bila saja sekeping dua siling lama sudah dibuka barulah nampak yang anai-anai sudah naik ke bahagian atas siling.. 
Rumah dapur ini dulu dibuat oleh arwah bapa mertua hampir 40 tahun dulu..dibuat dengan lapisan kayu keseluruhan  sebelum dipasang siling papan lapis..bila kita berada didapur memang terasa sejuk dan kalau hujan pun tak berapa dengar..
Buat masa ni memang tunggang langgang keadaan dapur..kesemua koleksi pinggan dan cawan lama dan baru  saya bungkus dan masukkan dalam kotak..memang penat tapi adalah lebih selamat dari dibiarkan dalan almari..
Harapla semua kerja dapat disiapkan dalam tempuh sepuluh hari dari sekarang..
Jumpa lagi..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanam bunga

Salam sejahtera
Bertemu kembali selepas sibuk kita berhariraya dan menerima tetamu..Sambil tu kena tenguk juga tanaman yang kita tanam agar pokok-pokok terus subur dan cantik.
Ini adalah antara beberapa jenis pokok hiasan yang ada dalam koleksi saya.











Saya hanya membeli anak pokok dalam pasu kecil yang berharga antara Rm5-6 saja.. Bila pokok tu dah besar  saya ambil sedikit  anak pokok untuk ditanam di pasu yang lain..dengan cara ini kita akan menambah lagi beberapa pasu dan tidak kematian benih..
Lepas tanam mesti siram dan jangan lupa untuk membaja dan menyembur racun serangga di bawah daun..
Pokok-pokok hiasan ini boleh ditanam dibawah teduhan dan boleh juga dibawah matahari..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS