Showing posts with label rakan bloggers. Show all posts
Showing posts with label rakan bloggers. Show all posts

Datang lagi..ke Pangkin Nenek

Salam sejahtera..
Selepas anak saya Sara menyelesaikan urusan temuduganya di UITM ..saya singgah kerumah rakan blogger  ... kak ros dari pangkin nenek..



Pertamakalinya  Sara kerumah Kak Ros..Sara pun dah memuji-muji makcik Rose..baikhati dan ade rumah yang cantik dan deko yang sangat sedap mata memandang..
Saya pula suka sangat melihat pokok2 bunga yang subur dan berbunga lebat..geram tenguk bunga kak rose..


Kak rose pun tak lokek ilmu bila saya tanya macam2 pasal bunga ros..Tu la sebabnya saya nak datang rumah akk ni..Terima kasih ye kak.. Sayaaaaang akak..
Nanti saya cari baja asli yang akk cakap tuuu..
Buat masa ni koleksi ros saya sikit je..dan masih belajar memahami jagaan bunga ros yang sangat sensitif..harap laa ada keserasian..
Jumpa lagi..babai..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rakan Bloggers dan FB

Salam sejahtera..

Bertemu kawan baru melalui blog atau fb memang seronok lebih lagi mereka mempunyai hobi yang sama.. Saya berkesempatan sekali lagi berjumpa rakan bloggers kerana kami menjadi partner dalam  EG anjuran Azzah.. Beliau yang saya maksudkan ialah Siti Fatimah dari Wafi & Wafiyah collection..



Sebelum ni dah selalu juga berhubung dan membeli beberapa barang lama ni..tapi hasrat untuk bertemu selalu tak tercapai kerana faktor masa.
Alhamdulillah, semalam dalam perjalanan  ke Klang saya dapat singgah kesinggahsana antiknya..koleksi ct yang cantik.. meriah dan  seperti biasa saya cuba nak tackle koleksi ct tapi yang ct nak jual saya dah ada..yang saya nak pula ct nak simpan..hihi.. T'..ingat akak ye kalau nak let go..


Senang hati saya dah serahkan barang EG saya pada ct walaupun tarikh akhir lama lagi..sebab lepas ni saya dah sibuk dengan kenduri kendara dan tempahan sulaman untuk raya pulak..
Jumpa lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EG dan Bersama Azzah08



Salam sejahtera dan bertemu kembali..
Berlalu hari-hari yang sibuk sepanjang minggu ini..Alhamdulillah banyak kerja saya, dapat diselesaikan mengikut waktu yang ditetapkan..

EG yang dianjurkan oleh eija mengandingkan saya dengan Mastura dari Mashahomedeco, Saya sudah menghubungi mastura dan barang EG juga sudah di pos..haraplah mas gembira menerima EG dari saya.

Sementara itu saya akan menerima EG dari Azzah08..Selalu hai hai di alam maya, hari ini Azzah datang kerumah semata-mata nak hantar sendiri barang EG...
Mesti nak tenguk barang EG dari Azzah kan. Pandai Azzah teropong blog saya nak cari apa yang saya tak ade.. Memang saya sukaaaaaa sangat...


Bila saya nampak tureen saya dah menjerit suka sebab sebiji tureen pun tak ade..diiringi denga dua set cawan dan dua biji mangkuk bercorak batik..cantiknya biru hehe.



Betul kata Azzah bukan nilai barang yang menjadi persoalan tapi EG ini merapatkan persahabatan dari alam maya ke alam nyata..saya sangat tidak sangka dapat bertemu dan berkongsi cerita dengan azzah.. terima kasih Azzah, semoga perkenalan kita berkekalan hendaknya dan kita dapat berjumpa lagi..

Terima kasih juga kepada Eija sebagai penganjur..Ok jumpa lagi bye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kunjungan lagi

Salam sejahtera buat temanmaya..Beberapa keping gambar dari pc yang saya ingin kongsi ialah kunjungan kerumah seorang temanmaya..kakrose@yon sebelum beliau berangkat ke Mekah.
Kak rose lah orang pertama saya hubungi ketika mula2 saya belajar shopping di internet dan kemudian kak rose juga yang pertama datang berkunjung kerumah..Alhamdulillah dengan izinNya bertambah seorang lagi kenalan saya, semoga persahabatan ini akan kekal selama-lamanya..Amin

Kak rose ni seorang yang lemahlembut dan pandai membuat kerjatangan. Banyak hasil kerjatangannya dijual di blog yon's home deco.. dah datang kat rumah kakrose boleh shopping sekali.. koleksi2 hiasan pun sangat cantik dan menarik perhatian.
Sebenarnya beberapa keping gambar yang saya ambil disudut lain dah terdelete..jadi hanya ini saja lah yang dapat saya rakamkan untuk coretan kali ini..
Jumpa lagi..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejenak Di Har Home Deco

Selamat bertemu kembali temanmaya ku,
Minggu ini banyak perkara yang saya lalui tanpa dirancang..Saya ke kuantan kerana menziarah cucu yang demam, hmm itulah bila dah bercucu.. memudahkan kerana adanya perkhidmatan bas express dari klang ke kuantan dan pula mendapat izin suami, rasa dekat pula kuantan ni..hehe

Sempat la juga anak menghantar saya kerumah Har dari Har Home Deco..Dari antik ke home deco, dari halaman sahingga kedapur sarat dengan hiasan. Cantik sangat susun aturnya. Jakun saya sebab kerastangan saya nak buat deco cam ni..



Ini antara yang sempat yang saya rakamkan.. selepas tu acara shopping..sikit2 je.. hehe.
Ok jom layan..bye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hariraya Aidiladha




Sempena hariraya haji saya mengucapkan selamat hariraya aidiladha kepada semua rakan mayaku dimana jua anda berada semoga esok hari yang ceria dan membawa rahmat buat kita semua..
Pagi ini saya gembira sekali menerima kunjungan seorang lagi rakan maya..Nannie dari my passion bersama keluarganya datang singgah kerumah.
Menerima tetamu yang sealiran memang seronok, banyak perkara yang diborakkan dan banyak ilmu yang diperolehi jika kita pandai menfaatkan dari pertemuan itu. Nannie seorang yang tidak kedekut ilmu, meminati set2 lama dan pandai menjahit
..




Biasalah.. kami pun barter set lama dan ada juga yang nannie beli dari saya,
Inilah seronoknya berkawan, walaupun jarak rumah agak jauh..nannie dibandar yang sibuk saya pula jauh dikampung dan hanya kenal diblog sahaja..
Satu waktu dulu saya hampir singgah kerumah nannie tapi tak ada rezeki nak jumpa..tapi akhirnya dapat juga bersua muka.
Setakat ini jumpa lagi dan terima kasih singgah di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kunjungan

Salam sejahtera..
Semoga anda sentiasa didalam kebahagiaan.




Hari ini saya menerima kunjungan seorang rakan blogger bernama kak rose atau kak yon dari blog ceritaku kehidupan ku. Satu masa dulu saya pernah berurusan dengan kak yon dan baru saya tahu kak yon dengan kak rose adalah orang yang sama..

Kak rose datang bersama suaminya, mereka berdua sangat ramah. Rupanya suami kak rose dahulu pernah tinggal di kampung saya. Kak rose ad
alah orang pertama kawan blogger yang datang kerumah..Alhamdulillah semoga kita berkekalan berkawan.



Ini adalah rak pemberian kak rose..

Kak rose terima kasih ye. Buat masa ini saya letak la koleksi ciput pelita dan teady bear anak. Tengok kat blog ramai yang kumpul pelita saya pun teringin juga untuk sama2 memeriahkan.

Kepada rakan blogger terima kasih sudi singgah. Jumpa lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS