Pesta Buku Negeri Selangor


Salam sejahtera.
Hari ini saya berkunjung ke pesta buku yang diadakan di Kompleks PKNS. Banyak syarikat penerbitan mengadakan jualan sampai ram
bang mata saya.Yang pasti saya tak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi booth novelis kegemaran saya iaitu Norhayati Ibrahim.


Saya shopping sakan kat situ tapi bukan tuk saya sorang je..saya belikan sekali untuk adik dan kawan2. Biasa la...bila ada pameran k
ita mendapat harga discount di semua penerbitan.


Di sini juga diadakan pertandingan bercerita untuk sekolah rendah. Berani dan comel betul budak2 yang bercerita...bermacam fesyen yang di gayakan. Watak kartun yang tengah hot sekarang ni pun ada juga muncul sebagai maskot...siapa lagi upin dan ipin la. Seronok betul tengok budak2 tu ..teringat la pula zaman anak2 saya kecik dulu.


Memang la seronok tapi penat gilerrr. Buku pun belum sempat keluar dari beg.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kaktus ku berbunga




Salam sejahtera.

Saya sentiasa menunggu bila kaktus akan berbunga lagi.Kaktus ini kawan2 selalu panggil kaktus kampung sangat tahan lasak dengan cuaca.

Bunganya berwarna putih seperti bunga teratai dan tidak berbau. Sayangnya bunganya hanya bertahan selama dua hari sahaja.Kadang2 ia boleh berbunga lebih dari satu kuntum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kemahiran yang ku miliki




Saya mula menyulam lapan belas tahun yg lalu bila ibu mengeluh tiada yang hendak menolongnya.Ibu menyulam dan menjahit sejak berumur 15 tahun hingga sekarang. Kerana faktor usia, ibu hanya menjahit dan saya pula menyulam.Bermula dengan mesin Singer lama saya beralih ke mesin sulam Singer 20U43.Alhamdulillah dapatlah saya memperoleh pendapatan sendiri dan menyumbang kepada ekonomi keluarga.
Menjahit dan menyulam baju tiada surutnya. Ia boleh menjadi kerjaya tetap atau sambilan. kepada belia2 diluar sana jika berminat ceburilah bidang jahitan atau sulaman.Sekarang banyak kursus2 yang dijalankan oleh kerajaan atau swasta yang boleh di manfaatkan oleh belia2.
Saya seorang yang aktif di bidang ini tetapi bermula akhir january 2009 sehinggalah sekarang saya mengurangkan aktiviti ini kerana keluarga saya mendapat ujian daripada Allah dan sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada saya.
Insyallah saya mohon kepadaNya, saya dapat kembali aktif selepas Aidilfitri nanti.
Disini saya paparkan sebahagian gambar sulaman. Dengan rendah diri saya nyatakan takut untuk memperlihatkan gambar sulaman ini kerana kemahiran saya hanya biasa2 saja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Himpunan Novel Ku


Sejak tiga thn lalu mbaca novel mula mjadi hobi. bermula dr mminjam aku mula mengumpul utk jadikan koleksi.karya NB mjadi pilihan kerana jalan cerita yg segar dan baru tapi karya penulis lain pun aku baca jg.lepas tu adik2 ku pun join sama..best sgt meneroka emosi bersama watak2 dlm novel tak sedar aku pun senyum atau menangis sama...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS