Sambut puasa

Assalamualaikum..
Selamat bertemu di Ramadhan 1433, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dan diterima segala amalan olehNya.
Tentulan keseronokan berganda jika ahli keluarga dapat berkumpul menyambut Ramadhan yang mulia..Alhamdulillah anak sulung yang tinggal kat Kuantan dapat pulang bersama keluarganya..
Lama juga saya tak jumpa mereka kerana kesibukan masing-masing..dan cucu kedua Kyra Marissa pun dah boleh senyum bila diagah, sementara cucu pertama Khairin Meadyna  lagi la lasaknya..




Walaupun hanya dua hari mereka dapat meluangkan waktu bersama kami dibulan puasa ini..saya sangat bersyukur dan gembira..Hujung minggu lain mungkin adik-adik  pula yang akan balik kampung.
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mesin Jahit SINGER

Salam sejahtera
20 tahun dulu saya mula belajar menyulam dengan mesin jahit SINGER 20u43..sejak itu saya mengambil tempahan jahit sulam untuk baju tudung telekong dan macam2 lagi la..kekadang pelanggan datang membawa baju yang terkoyak..terbakar..dimakan lipas untuk dibaiki dengan cara sulaman..




Mesin ni sangat tahan lasak. Setakat ni kalau ada sedikit masalah pun ia mudah diperbaiki..Alhamdulillah dengan mesin ini masa saya penuh terisi dan yang seronoknya.. dapat mengisi duit poket..
Dulu2 saya aktif menyulam lebih2 lagi nak sambut raya.. pernah juga tertidor sambil peluk mesin..bila terbangun sambung menyulam lagi..tapi 3tahun kebelakangan ni saya kurangkan aktiviti menyulam..sebabnya nak rehat..
Saya sangat sayang kat mesin SINGER 20U43 saya ni..betul slogan tu..SINGER menawan keluarga bahagia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pindah kawasan

Salam sejahtera..
Saya memang suka tanam bunga.. sebelum ni hanya kawasan sebelah kiri dan hadapan rumah saja yang saya letak kan pasu-pasu bunga sahingga  mengabaikan kawasan sebelah kanan..
Tetiba semangat dan idea datang untuk membuat satu lagi kawasan bunga-bungaku..

Pertamanya saya pindahkan rumah kaktus yang sebelum ni saya letak dihadapan rumah.


 sebelum ni kawasan ni kosong je..

 kaktus dah masuk rumah

 bubuh jaring elak ayam betina suka sangat bertelor kat sini


 kaktus dalam pasu besar duduk kat kaki lima je

Buat waktu ni saya letakkan dulu bunga-bunga kaktus ke kawasan ni..akan menyusul sebahagian pokok orkid juga akan dipindahkan kesini.
Inilah aktiviti ku minggu ini.. penat woo tapi harap hasilnya nanti memuaskan.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ragam cucu

Salam sejahtera
Ade2 je gelagat dyna untuk menarik perhatian..



Dapat kotak pun dah happy..Miss u Dyna..love u..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga Adenium

Selamat pagi..
Saya pun sangat suka bunga Adenium atau pun bunga kemboja cina..Bunganya lebat dan tahan lama..tahan dari serangan penyakit bunga dan boleh letak ditempat panas..Ia sangat populer dikalangan Orang Cina..Bunga Ong kata mereka.




.
Adenium akan berbuah yang mengandungi benih didalamnya..
Bila buah ni dah matang ia akan pecah dan menyebarkan benih halus didalamnya..Untuk mengelakan benih dari hilang ditiup angin saya akan mengikat longgar benih yang sudah matang..

Lepas tu boleh la kita semai.



Adenium mempunyai banyak warna..semuanya cantik.. 
Adenium yang matang akan membentuk perdu dan akar yang cantik..batang mudanya boleh dibentuk mengikut kemahuan kita.. Bila sudah terbentuk cantik dan pokoknya sihat... Adenium akan menjadi sangat berharga.. Saya dapati..peminat bunga Adenium tidak berkira pasal harga asal dapat bunga yang dihajati.. tapi saya sabar untuk melihat bunga membesar ditangan sendiri..
Ooooh..lamanya bunga ku nak besar..
jumpa lagi. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam sejahtera..

Sedang menunggu mood untuk membaca novel baru...Terlerai Kasih terbitan Karya Seni dan penulisnya ialah Rehan Mokhtar..
Kali pertama juga saya membeli novel karya Rehan Mokhtar.


Sudah agak lama juga saya tidak membaca novel..banyak aktiviti lain sedang mengisi masa saya.
Bila agaknya saya akan memulai..hmmmm..
Jom sesekali melayan jiwa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Datang lagi..ke Pangkin Nenek

Salam sejahtera..
Selepas anak saya Sara menyelesaikan urusan temuduganya di UITM ..saya singgah kerumah rakan blogger  ... kak ros dari pangkin nenek..



Pertamakalinya  Sara kerumah Kak Ros..Sara pun dah memuji-muji makcik Rose..baikhati dan ade rumah yang cantik dan deko yang sangat sedap mata memandang..
Saya pula suka sangat melihat pokok2 bunga yang subur dan berbunga lebat..geram tenguk bunga kak rose..


Kak rose pun tak lokek ilmu bila saya tanya macam2 pasal bunga ros..Tu la sebabnya saya nak datang rumah akk ni..Terima kasih ye kak.. Sayaaaaang akak..
Nanti saya cari baja asli yang akk cakap tuuu..
Buat masa ni koleksi ros saya sikit je..dan masih belajar memahami jagaan bunga ros yang sangat sensitif..harap laa ada keserasian..
Jumpa lagi..babai..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS