Bunga Roseku

Salam sejahtera..
Petang ni jom layan pokok bunga rose yang saya tanam beberapa bulan yang lalu  DISINI ..akhirnya sudah mengeluarkan bunga berwarna merah.. Banyak juga kuntum kecil yang belum berkembang.. rose ni jenis kampung jadi agak lambat nak berbunga tapi bila dah berbunga sangat lebat..



 

Ada juga membeli 2-3 pasu bunga rose sebagai peneman simerah..bila berbunga memang cantik..
Tapi bunga rose agak diminati oleh serangga, jadi kene la rajin menjaganya.
Jumpa lagi..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kakak Dina

Salam sejahtera..


Minggu lepas saya melawat anak di Kuantan..lepak la kat sana empat hari, sempat main dengan cucu dan ronda bandar Kuantan..Bila saya nak balik cucu saya Dina terus je masuk dalam kereta nak ikut saya balik..
Bila  dah sampai rumah mula bertanya.. "bila mama dan abah nak datang ambil Dina"...mula la dia ingat mama ngan abahnya tuu.. tapi bila diberitahu mama ngan abah pergi kerja dia pun ok je..
Seminggu ni meriah rumah saya dengan gelagat si Dina, semua orang sangat suka melayan Dina.
Dina dah berusia 2tahun 7bulan, dah jelas bila bercakap..sangat suka bercerita..aktif dan mudah menguruskannya..
Dina sudah membahasakan dirinya kakak Dina sebab tak lama lagi Dina nak dapat adik.. Syukur alhamdulillah.
Bila saya memanggil namanya Dina..cepat je dia cakap.."Kakak Dina laa, nenek lupa laa tuu"..
Biasa laa Dina suka usik barang hiasan neneknya..bila ade yang pecah alahai cepat lagi dia cakap.."sorry nenek"..
Bila nenek tak bagi Dina makan gula-gula lagi..Dina cakap "nak sikiiiit je"..
Dina suka sangat bila dibawa naik motor keliling kampung.. semua benda akan jadi bahan ceritanya..
Hmmm seminggu ni saya stop dulu aktiviti jahitan..sebab Dina pun suka usik barang jahitan..tapi saya sangat gembira dapat melayan kerenah kakak Dina..Setiap hari ada je gelagat yang mencuit hati..
Jumpa lagi..




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Halwa mata..

Salam sejahtera..
Setiap hari melihat deko rumah sendiri kadang-kadang menjemukan juga..alih sana.. letak disini.. menukar sedikit dekorasi rumah agar mata sedikit segar dengan suasana baru.
Menambah sedikit hiasan untuk rumah saya kali ni saya kitar semula je botol2 monavie.
Saya lihat botol Monavie ni cantik warna dan bentuknya..sayang pula nak buang.





Ok tak saya buat macam nii...boleh la untuk halwa mata kami sekeluarga... tetamu yang datang pun menegur...Laa botol pun  engko buat hiasan juga ton...hihihi..ni je yang saya mampu..
Jumpa lagi..







 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menang GA Nita

Salam Sejahtera..
Tengah hari tadi saya menerima hadiah dari  NITA  kerana telah memenangi GA Nita.. Hadiahnya berupa sebuah jam meja dari Vantage..tentulah saya senyum  sepanjang hari bila diberitahu saya menang GA Nita kali ni dan lebih gembira bila hari ni hadiahnya sudah menetap diteratak saya.
Terima kasih Nita.. semoga Allah sentiasa murahkan rezeki diatas keikhlasan Nita.


Sejak  menyertai bloggers, ini adalah kali kedua saya memenangi  GA..
Kali pertama saya menang GA Kelly.   Penyertaan GA kerana hendak menyokong dan turut sama memeriahkan, sambil tu boleh berkenalan dan mengenali laman blog rakan baru..Sekiranya ada rezeki..Alhamdulillah syukur. 
Jika kita berkesempatan jom la join GA yang banyak dianjurkan oleh rakan bloggers.
Jumpa lagi.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GA Nita - Hobby and Therapy

Salam sejahtera..

Dah lama tak join GA..saje la cuba nasib.. Jom join  GA dari NITA  
Antara syaratnya..

1.. Jadi follower blog ini.....beres
2.. Tinggalkan comment untuk post ini dan emailkan nama anda untuk dihubungi di email saya                
 Hobbyandtherapy74@gmail.com...Siap
3.. Buat N3 di blog anda...siap sudah
4.. Tarikh tutup..22nov2011...sempat lagi
  
Jom lihat hadiah yang di sediakan

tempat pertama


tempat kedua


  tempat ketiga
 Jom join
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Walimatul urus

Salam sejahtera.
Setiap hujung minggu ramai yang mengadakan kenduri kahwin..Tentu sibuk meladeni  jemputan yang banyak dari jauh dan dekat. Saya pun tidak terkecuali kerana ada jiran dan rakan-rakan mengadakan walimatul urus..Sedaya upaya saya cuba memenuhi jemputan jiran dan rakan untuk sama-sama memeriahkan majlis, sama-sama memberi doa restu dan  menyambung silaturrahim..

 sempat bergambar dengan kak ros

 cenderahati untuk tetamu

Hari ini sekali lagi saya dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan puteri seorang rakan bloggers  Hajjah rosinah (pangkin nenek) dan suami Hj Salleh..Majlis diadakan dikediaman barunya di sec U12 Shah Alam.
Waaau..cantiknya dekorasi majlis yang serba pink..Gabungan berbagai warna pink dan bunga segar sangat menyegarkan mata dan cantik sangat.
Kak Ros yang saya kenali memang seorang yang sangat kreatif dalam bab hias menghias..majlisnya meriah dan sangat teratur...dan sudah tentunya makanan yang disajikan memang sedaaaaap..
Saya pun tidak dapat lama-lama dirumah Kak Ros kerana nak menghadiri majlis ditempat lain pula..
Harapnya saya dapat datang kerumah kak ros lagi sebab nak tenguk taman rosnya yang sempat saya intai..
Jumpa lagi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kekwa Kuning

Salam sejahtera..
Dah lama saya tidak buat N3 teko dan cawan lama, sebabnya sudah lama tidak shopping memandangkan penempatan yang sudah sesak.. Nak tambah lemari lagi suami dah komplen sbb rumah dah penuh dengan almari pinggan cawan lama..
Kalau ade pun jika berpeluang saya akan menambah sebiji dua dalam koleksi..
Set kekwa kuning ini saya pernah buat n3 di SINI..berpeluang pula memiliki sebiji teko bulat dan satu pinggan leper..Pernah tak jumpa creamer n sugarnya..
Saya sangat sayang set ni sebab susah kan nak jumpa dan corak bunganya sangat cantik..




Pinggan  lepar ni beli dari  'Kedai Ipoh Loken' dan teko bulat tu dari 'Aina warisan nenek'.. Sekadar berkongsi hobi buat tatapan anda semua..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS