Showing posts with label set bunga sabun. Show all posts
Showing posts with label set bunga sabun. Show all posts

Koleksi Bunga Sabun

Salam sejahtera..

Koleksi cawan lama tetap menjadi hobi saya walaupun sekarang ni lebih kepada mengintai koleksi teman yang sealiran..Semakin hari semakin ramai peminat PML dan pencarian semakin sukar dan harga pun semakin meruntun kalbu..tapi saya percaya teman sehobi tak kisah semua tu kan..asal dapat idaman jiwa..

Buat masa ini saya tidak membeli set baru kecuali hanya nak menambah set yang sedia ada..walaupun susaaaah sangat nak dapat, tapi kadang-kadang tu rezeki memihak juga kepada kita..



Set bunga sabun saya pada entry yang lepas masih belum mendapat teko tapi Alhamdulillah akhirnya saya mendapat teko bunga sabun yang saya rasa sangat sukar nak dapat ..Terima kasih kepada Ezany yang banyak menolong mendapatkan teko dan creamer pot..harap dilain waktu boleh dapat sugar pot pula walaupun saya tahu susah sangat nak cari.. juga terima kasih kepada rakanmaya Yatt  dan Nannie yang memberi sokongan dan bantuan dalam pencarian teko ini. 
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam sejahtera teman-teman maya , harapan saya kelian sihat dan ceria selalu menjalani aktiviti seharian..
Ada beberapa gambar cawan lama yang saya ambil masih tersimpan di pc.. apa kata kita layan gambar ini dulu.



Set bunga sabun ini dah lama ada dalam koleksi saya, mula-mula tu ada enam biji cawan, lepas tu jumpa pula bekas habuk rokok..walaupun tiada dalam list pencarian, tapi dah jumpa tu saya kutip lah juga.



Bekas creamer pula atas pertolongan jejaka malaya kita, adik ezany..terima kasih zany sebab mendulukan akk ye.. Sangat cantik creamer ni tambah lagi kalau ada sugar bowl dan tentulah tekonya..huhuhu kat mane lah nak cari, tolong-tolong...

Kepada teman-teman yang sudi singgah, diucapkan terima kasih..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS