Showing posts with label seni jahitan. Show all posts
Showing posts with label seni jahitan. Show all posts

Projek jahitan 2010

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..
Saya sangat meminati seni jahitan tetapi tuntutan masa membuatkan banyak projek saya tergendala. Untuk tahun 2010 dan insyallah ketahun seterusnya saya ingin membuat dan menyiapkan beberapa projek secara serentak. Saya harap kali ini semua
nya akan saya gunakan sendiri..dulu mata duitan sikit bila orang nak beli sibuk pula nak jual.
Selain sulaman mesin, projek yang akan saya
siapkan ialah smocking, hexagon dan patchwork.
Smocking ialah kemahiran saya yang terbaru dan masih dalam proses belajar lagi. Kononnya nak buat tuk cucu..tu yang sibuk nak belajar lagi. Selalu tenguk smocking dari blog nannie juga
Sementara patchwork agak sudah lama saya tinggalkan dan kini minat semula bila selalu melihat diblog yang berkaitan.
Saya daftar nama untuk kutu bom quilt, satu projek yang dianjurkan dari blog my sewing room. Alhamdulillah masih mendapat tempat. Semoga dengan cara ini saya lebih rajin menyiapkan mengikut waktu dan dapat belajar dari mereka yang sangat mahir.
Ini antara yang saya pernah buat.





Peralatan dan antara kain yang sedia untuk projek kut
u bom quilts.


Smocking dan hexy yang seiring dengan patchwork(bom quilts)

Harap la saya tak jemu..
Setakat ini dulu jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS