Salam sejahtera
Bertemu kembali selepas sibuk kita berhariraya dan menerima tetamu..Sambil tu kena tenguk juga tanaman yang kita tanam agar pokok-pokok terus subur dan cantik.
Ini adalah antara beberapa jenis pokok hiasan yang ada dalam koleksi saya.
Saya hanya membeli anak pokok dalam pasu kecil yang berharga antara Rm5-6 saja.. Bila pokok tu dah besar saya ambil sedikit anak pokok untuk ditanam di pasu yang lain..dengan cara ini kita akan menambah lagi beberapa pasu dan tidak kematian benih..
Lepas tanam mesti siram dan jangan lupa untuk membaja dan menyembur racun serangga di bawah daun..
Pokok-pokok hiasan ini boleh ditanam dibawah teduhan dan boleh juga dibawah matahari..








