Showing posts with label Kemudahan awam. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan awam. Show all posts

Sepi tanpa internet

Salam sejahtera..
lamanya saya tak bersiaran disini..masalah akan berlaku lagi bila talian internet bermasalah..geram dan marah tapi nak buat macam mane yee. masalah begini memang sentiasa akan terjadi. Ada broadband pun memang tak boleh guna sebab saya duduk bawah kelapa sawit..memang tak dapat line..
Sesekali saya akan buka komputer kat rumah adik, tapi masalah saya ni saya tak berapa pandai nak buat N3 guna komputer orang..Rupanya bukan saya aje rasa tak bermaya bila tak ade internet ni...cik abang pun asik tanya bila laa boleh on internet ..hahaha sebab ini je hiburan yang ade bila siaran tv tak menarik disemua rangkaian..
Ok lah harap2 lepas ni tak de masalah lagi, saya dapat buat entry dan dapat merayau-rayau ke rumah-rumah rakanmaya semua..
Jumpa lagi.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pusat Komuniti Perladangan Pintar

Salam sejahtera..
Sebuah pusat ICT telah didirikan di Blok J Sawah Sempadan Tg Karang..Pusat ini  adalah satu2nya didirikan di Malaysia telah dibiayai oleh bahagian ICT Kementerian Sains & Inovasi dan dibangunkan oleh Laboratori Teknologi Perladangan Pintar Institut Teknoloji Maju UPM.


 UPM banyak mengadakan kajian pertanian  di sawah sempadan dan melibatkan ramai pesawah..Selain digunakan untuk kemudahan UPM pusat komuniti ini juga digunakan untuk  kemudahan  pelajar2 di sekitar sawah sempadan .Alangkah mudahnya pelajar sekarang kan..kalau tidak mereka terpaksa ke pekan Tg Karang yang agak jauh juga..Harap lah pelajar2 jadikan pusat  ini untuk mencari ilmu pengetahuan.
Sebagai warga disini saya sangat bangga dengan   pusat komuniti ini.yang memberi kemudahan ict  kepada seluruh warga sawah sempadan..
 Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS