Salam hari minggu..
Hari ini saya menerima kunjungan rakan dari rakan Fb anak-anak jawa Malaysia yang diketuai oleh Puan Sue M.Arukin. Kunjungan ini telah merapatkan lagi tali siloturrahim, sebelum ini saya tidak pernah bersua hanya hai2 saja di Fb..Seperti juga dari rakan bloggers begitulah juga dari rakan fb yang akhirnya kita mendapat banyak menfaat sekiranya dibuat dengan niat yang baik..
Dah namanya kumpulan AJMAL kami hanya menggunakan bahasa jawa bila berbual, sangat seronok kerana banyak dailek jawa yang dikeluarkan. Puan Sue pula seorang penulis buku resepi masakan mengambil peluang mencari resepi makanan2 jawa.
Selepas tu saya bawa mereka melawat sawah padi...pada ketika ini sudah tiba waktu menuai..tenguk lah gelagat mak-mak dara ni...begitu teruja sekali..hehe
Dah penat pusing sawah kami singgah makan dan minum kat gerai hari minggu di Tg karang..menu pilihan hanyalah pecal, soto, sate kerang dan sate paru..
Sehingga bersua lagi terima kasih sudi singgah..
Kunjungan rakan Anak-Anak Jawa Malaysia
Peralatan Lama
Salam sejahtera
Tentu rakanmaya pernah tenguk atau jumpa peralatan dapur dulu2.. Kiranya peralatan lama ni dah jadi antik juga sekarang dan menjadi buruan pengemar untuk dijadikan hiasan disudut taman..
Kat setor rumah ada juga benda2 ni tapi saya belum ada seru nak buat hiasan..jadi saya tunjukan antara peralatan lama yang sudah dijadikan hiasan taman dirumah abang. Kakak ipar saya kak Mas sangat kreatif menghias laman kecilnya dengan berbagai barang lama..antaranya
Barang-barang ini susah nak jejak..ada dah terpendam dalam bumi sebab dah dibuang kat belakang rumah..Ye lah dulu2 kita tak fikir pun nilainya.
Ok jumpa lagi..
Set Kekwa Kuning
Salam sejahtera..
Kembali bertemu.
Selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Shah Alam Ahad lepas saya singgah Amcorfmall..meskipun hari beransur petang masih ramai lagi peminat antik mengunjungi gerai2 yang menjual banyak barang2 lama. Macam2 benda lama yang dijual kat sini..sebaiknya kita kena round dulu untuk servey harga sebab saya dapati harga barang tidak sama antara gerai.Ada penjual yang ramah dan ada yang masam malas nak cakap.
Pilihan saya mesti lah set teko dan cawan lama. Walaupun mulut kata tak nak beli ..hehe tapi kalau jumpa set lengkap tergoda juga.
Set kekwa kuning ni sangat mengugat perasaan, akhirnya sebelum balik saya kembali kegerai Boniey dan bermulalah sesi meminang.
Akhirnya set ini menjadi milikku...sukaaaaa. Set ini masih berkilat dengan rim emasnya yang bersinar cantik. Dulu saya ada teko bulat bunga kekwa kuning tapi saya dah barter dengan rakan bloggers, rupanya saya dapat lagi lengkap dengan cawannya..
Sahingga jumpa lagi terimakasih sudi singgah disini.
Benih Bunga Matahari
Salam sejahtera..
Bila saya buka blog pagi tadi saya tenguk N3 GA GA GA ulangtahun perkahwinan Kelly yang saya buat hanya dapat dilihat hanya bahagian akhir sahaja..Saya minta maaf sekiranya masalah ini dapat dilihat rakan bloggers tapi bila saya klik kat tajuk N3 penuh dapat dibuka..nape pulak tuu..
Saya ni pula tak pandai pasal pc nii..
Ok lah kita tinggalkan je masalah tu..
Bunga matahari yang saya tanam hari tu dah boleh buat benih..Kalau ada rakanmaya yang nak benih bunga matahari sila lah sms nama dan alamat kpd saya...
Patpat siku lipat, siapa cepat dia dapat..
Eh boleh kan kita pos guna sampul biasa je..
Jumpa lagi babaiii.
GA GA GA ulangtahun perkahwinan Kelly
Saya pasti dah jadi follower
GA ini akan bermula pada 3hb Oct dan akan berakhir pada 3hb Januari 2011
Sila tinggalkan komen berserta nama, alamat, email dan nombor telefon di N3 di blog Kelly
Jangan lupa nyatakan " Kenapa anda suka melawat Kelly's Life blog?"
Hadiah2 yang akan dimenangi seperti dibawah...wau antik2 tuu
Selamat berjaya dan terima kasih..
Cenderahati
Salam sejahtera rakan-rakan mayaku.
Beberapa hari lepas suami saya mendapat jemputan menghadiri program Pesta Mesra Pengguna di tempat kami.. Seronoknya bila balik dia membawa dua beg cenderahati yang mengandungi barang-barang keluaran syarikat Unilever Holding.
Wah...gumbiranya dapat barang percuma..setiap beg mengandungi barang-barang yang tertera diatas.
Hehe lama nak abis ni..Terima kasih Unilever..
Jumpa lagi dan terima kasih.