Salam sejahtera..
Semasa kekedai beli barang dapur tengah hari tadi nampak pula bungkusan jagung dalam peti ais..Tetiba tekak rasa nak makan cucur jagung petang nii..
Balik je saya pun terus buat cucur jagung..
Antara bahan yg saya bubuh dalam adunan ialah.. udang..bawang besar.. daun saderi dan lada besar yang saya potong-potong ..jagungnya..separuh saya kisar kasar dan separuh lagi saya biar berbiji jee..Yang lain tu saya bubuh telor..sedikit garam dan serbuk perasa..
Alahai mudah la..pasti ramai rakan bloggers yang pandai buat dan suka cucur nii kan..
jagung siapdalam pelastik je..
dah siap masuk bahan..simpan dalam peti ais
yang telah siap digoring..cicah dengan sos cili
Seperti biasa saya akan buat lebih untuk disimpan dalam peti ais..saya rasa la kan..rasanya akan lebih sedap..sebab semua perasa dah mesra dan bila digoring pun cantik..
Jumpa lagi..bye.