Bunga Hiasan




Salam Ramadhan.
Menjelang Syawal yang akan menjelang tidak berapa
lama lagi pastilah ibu2 dan bapa2 semakin sibuk membersih dan menghias rumah supaya nampak lebih segar dan cantik.
Jambangan bunga selalunya menjadi keutamaan da
lam menghias rumah agar suasananya lebih meriah dan ceria..
Hehe saya ni memang suka sangat dengan gubahan bunga yang pelbagai. Walaupun begitu tidak semestinya bunga yang lama saya buang, yang masih elok saya
basuh dan gubah semula atau bawa kekedai untuk digubah gaya yang lain dengan ditambah bunga yang baru..tapi kalau dah lama sangat2 tu saya buang je lah.






Antara bunga2 yang memikat mata dan hati


Ok lah kedai bunga yang saya suka kunjungi ialah kedai bunga Sasaran niaga diPekan Sasaran Jeram Kuala Selangor. Kedai ini diusahakan oleh Puan Zaini dan anak-anaknya. Saya dan adik(Dewi) kiranya macam pelanggan tetap kat situ kerana layanan yang memuaskan hati dan banyak bunga yang cantik dan berkualiti.
Saya lebih suka membeli awal sebabnya pengu
njung tak ramai lagi dan semestinya ada masa nak melayan segala kehendak kita..



Puan Zaini dan anak sedang tekun menyiapkan gubahan



Rambang mata saya bila tenguk gubahan bunga2 ni..Adik saya kata "ambil je kak, takut malam tak lena tidor.." Ia ke..

Yang pastinya bila membeli mesti dah ada perancangan dimana nak diletakkan bunga2 ni semua.Ok sampai jumpa lagi..selamat mengemas dan selamat menghias..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teko Ibu Tinggal


Salam sejahtera..
N3 ibu tinggal ..ada 2 biji teko yang kehilangan anak..sahingga sekarang masih tak pernah jumpa cawan untuk 2biji teko ini.
Saya suka corak bunga pada teko ini, rasanya agak berlainan bunganya..Saya beli teko ni di Amcorpmall je.
Sahingga jumpa lagi..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hiasan rumah - plate n tin roses






Salam Ramadhan dan selamat bersua kembali..

Seronok melihat ramai bloggers baru pun meminati set-set lama..tapi semakin agak sukar untuk mendapat set lama yang dapat memenuhi citarasa..
Semejak dua menjak ni saya rajin juga shooping barangan hiasan rumah dari internet.. berhenti sekejap shooping antik2.
Saya tak pandai sangat bab deko rumah ni, tu yang selalu teropong blog dekorasi kawan-kawan dan minta nasihat percuma..
Saya berkenan bila tenguk koleksi plate dan tin bunga ros berwarna pink dari Lynn Cottage. Saya letak koleksi tin ini menghiasi meja telepon.. Okay tak.
Jumpa lagi..salam kemaafan dari saya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUNGA MATAHARI

SALAM SEJAHTERA dan bertemu kembali teman-teman maya..semoga teman-teman beroleh kesejahteraan dan gembira selalu..

Pastinya dalam masa 2-3 hari yg berlalu nama Tg Karang dan Kg Sungai Gulang-Gulang (kg saya lah tu) menjadi sebutan dan berita seantero malaya.. Di Tg Karang sahaja semua suratkhabar sudah habis dilanggan dipagi hari, sahingga kini banyak cerita dan spekulasi m
engenai kematian Siti Rohana dan Dato Abdul Aziz masih hangat diperkatakan..
Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menerim
a dugaan dan redha dengan ketentuan takdir.


Ok lah N3 kali ini saya nak tunjukkan pokok bunga matahari yang saya tanam tempoh hari sudah pun berbunga..sukanya saya tenguk bunga matahari ni tapi sang serangga pun suka juga singgah..
Dalam satu pokok ia ada beberapa tangkai bunga, pada masa ni banyak lagi kudup yang belum berkembang. Selepas bunga ini tua dan kering boleh diambil bijinya untuk dibuat benih .. Adakah selepas ini keliling rumah saya penuh dengan bunga matahari pula..hehe

Jumpa lagi di lain waktu BYE..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BOM QUILT 2010



SALAM SEJAHTERA dan selamat bertemu kembali di hari isnin yang ceria

Seperti yang telah saya janjikan untuk peserta kutu BOM2010, saya sudah membuat penghantaran untuk semua peserta, walaupun pada ketika ini saya masih menunggu 4 lagi BOM block. Saya sudah menerima BOM block dari:
1-Naiz
2-Sharipah
3-Dee
4-Kema
5-Aimila
6-Maz
7-Fida
8-Aton

Saya harap peserta semua gembira menerima BOM block dari saya, sebarang kecacatan jahitan, warna dan corak yang tidak menepati cita rasa peserta saya memohon jutaan ampun dan maaf.
Saya gembira dapat menyertai BOM quilt2010 walaupun banyak cabarannya..hanya peserta2 sahajalah yang merasainya..Ini adalah BOM block yang saya sudah siap semua dan dihantar kpd peserta..

1-Fawa putih biru pink
2-Sharipah putih biru hijau
3-Dee putih biru turqoist
4-Kema putih pink coklat
5-Aimila putih pink hijau
6-Maz putih coklat turqoist
7-Fida putih merah kuning
8-Kuka putih purple biru

OK jumpa lagi bye..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award dan Tag

SALAM SEJAHTERA dan bersua kembali teman maya ku semoga kelian ceria hendaknya.


N3 kali ini saya nak mengutip award yang teman maya tujukan kepada saya..terima kasih atas ingatan kelian.
N3 pertama dari Wani


Award dari seorang rakanbloggers yang baru saya follow.. wanidecorativecreation.blogspot.com.
Sekarang ni saya suka melawat blog deco untuk menambahkan ilmu mendeko pula


Terima kasih wani

N3 ke 2 saya dapat tag dari kakrose



Saya cuba jawab lah ye
1.Link kepada orang yang bagi award ni...http://kakrose.blogspot.com/

2. Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink ..warna yang segar, cantik dan memberi ketenangan heheh3.


3.Sejak bila suke dengan kaler pink ?..sejak lama dah..


4. Sebutkan 5 barang yang anda paling sayang yang kalernya pink... Baju, teko cawan lama, gubahan bunga, set cadar dan banyak lagi.


5. Snap gambar anda dengan salah satu kaler pink...Tuu kat atas.. saya letak gambar yang dah sedia ade lah ye..


6.Tag 5 orang kawan anda yang suka kaler pink...Saya tujukan kpd pengunjung blog saya, sudi-sudi lah ambil dan jawab.. Terima kasih kakrose atas ingatan..

N3 ke3 Award dari Nannie


Terima kasih Nannie kerana memberi award pink yg sangat sweet sebagai tanda persahabatan. Nannie yang saya kenali seorang yang baik hati, sangat pandai dalam bidang jahitan, masakan, sama hobi dalam antik2 ni dengan saya dan hobi inilah yang memanjangkan tali siloturrahim kami.. Terima kasih nannie semoga kita akan kekal bersahabat selamanya.
Sahingga berjumpa lagi Assalamualaikum.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY

SALAM SEJAHTERA teman-teman yang ku sayangi.

Mengikut perancangan, saya akan menghantar anak saya Sara untuk kemasukan sem 4 di UITM Arau.. Insyaallah selepas solat jumaat kami akan bertolak..semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. Amin...Cuti sem kali ini Sara komen.. bapa sibuk mama lagi sibuk..


Sebelum ini Sara meminta satu barang yang nampak mudah tapi tak pula saya jumpa bila nak beli.
Akhirnya saya minta bapanya menunjukkan skill kerastangannya untuk buat kan benda alah ni.
Untuk mencantikkan saya suruh sara cat lepas tu buat dicoupage.

Nampak cantik juga kan..

Apalah gunanya benda ni..Anak saya Sara sangat suka memakai aksesori..gelang tangan semasa kuliah atau berjalan-jalan. Gaya remaja masa kini.. Gelang-gelang ni murah je berwarna warni dan berbagai bentuk.
Inilah gunanya nak simpan aksesori biar senang nak cari bila masa nak guna...anak-anak.

Ok lah saya akan bertolak balik pada hari sabtu petang, tak boleh lama juga nak berjalan sebab bapa sara pula ada hal. Jumpa lagi bye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS