Jamuan di Aidilfitri

Salam sejahtera..

Sempena syawal yang masih lagi disambut,ramai
yang mengadakan atau menghadiri jamuan raya disana sini.Pada tahun ini kami juga mengambil kesempatan mengadakan jamuan raya untuk kenalan, sahabat, saudara dan masyarakat kampung.







Inilah kali pertama kami mengadakan majlis kerana pada kebiasaannya dikampung2 tetamu boleh datang beraya bila2 masa saja.
Oleh kerana jamuan ini untuk semua ahli masyarakat kampung kami, ajk masyarakat pun terlibat sama menolong dan menyiapkan segala keperluan jamua
n.



Majlis diadakan pada hari sabtu 3hbOkt jam 2-6petang. Alhamdulillah cuaca elok dapatlah tetamu hadir kemajlis dan memudahkan kami melayan dan berbual
dengan tetamu yang hadir.






Kepada ajk masyarakat terima kasih kerana dapat bersama menjayakan majlis jamuan raya pada tahun ini. Semoga pengalaman ini boleh kita jadikan panduan dimasa2 akan datang.Insyallah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set kuning emas


Salam sejahtera..

Sewaktu awal pencarian set2 lama, saya berjumpa dengan set cawan dan teko berwarna kuning emas. Ia agak berbeza dengan set yang lain ya
ng pada biasanya berwarna putih. Coraknya melambangkan jepun dan made in jepun.Set cawan ni agak ringan dan besar mulutnya.




Selepas itu baru saya jumpa pinggan juga berwarna hampir sama tapi corak yang berlainan. Tak diketahui ia berasal dari mana sebab tiada cop mohor.Saya hanya mengambil 6biji untuk pinggan dan bila digabungkan untuk dekorasi bersama set cawan ia memang serasi..kan.

Ok kepada rakan2 marilah kita melayan mata..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi cawan lagi


Salam sejahtera..

Kali ini saya ingin memaparkan koleksi pinggan dan cawan yang saya dapat dari jiran bernama kak Jarah pada ramadhan yang lalu.

Set ini dibeli 45tahun yang lalu sebanyak 2set. Tetapi selepas masa berlalu hanya 5biji cawan beserta piring, sebiji teko, 2bekas gula, 2bekas susu, 2biji pinggan makan dan 10biji pinggan kueh yang tinggal. Semasa saya menemuinya ia sudah menjadi penghuni stor agak lama bertemankan tikus, lipas dan cicak. Pastinya koleksi ini dulu sangat rajin berkhidmat dan sudah sepatutnya pada waktu ini ia berehat didalam almari untuk tatapan dan pujian.

Set ini berbunga biru dan kelabu menjalari di sekeliling cawan dan pinggan. Pada pandangan mata saya ia lembut, menyejukkan mata dan tetap cantik untuk memeriahkan lagi koleksi yang ada.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rehatkan mata







Salam sejahtera..

Pemandangan sawah padi sedang cantik m
asa ini. Luas memandang hijau terbentang. Anak2 padi berusia lebih dari dua bulan dan sedang membesar.





Parit2 permatang sawah dipenuhi air dan pada waktu inilah bunga teratai hidup subur dan ada yang mula berbunga. Kebanyakann
ya berwarna putih kekuningan dan ada juga yang berwarna ungu dan merah jambu.



Suasana pada kala ini sangat cantik terutamanya selepas hujan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set bunga kangkung




Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang sudi singgah.

Antara hobi saya sejak 5-6tahun yang lalu ialah mengumpul set cawan, teko dan pinggan lama. Saya mula meminati setelah melihat di dalam beberapa buah majalah, alangkah cantiknya bila koleksi lama ini di susun atur. Sebelum itu saya malas nak memandang pun pada hal koleksi itu banyak di almari dapur.

Semakin lama koleksi saya bertambah hasil dari carian di kedai2 lama, kedai barangan terpakai, rumah saudara, jiran dan kawan2.

Setelah saya sedikit pandai melayari internet barulah tahu rupa2nya saya tidak bersendirian. Ramai rakan2 di alam maya sama2 mengumpul khazanah yang sangat bernilai ini.Tidak ketinggalan saya juga membeli secara on-line dari rakan blog untuk menambah koleksi.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan2 antara koleksi yang saya miliki-set bunga kangkung.
Set bunga kangkung paling terkenal dan rasan
ya wajib ada pada semua yang meminati koleksi lama ini


.

Walaupun sudah selalu set bunga kangkung ini ada di blog tapi saya tidak pernah jemu untuk melihat dan menghayatinya.
Gitu lah kalau dah minat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RINDU NENEK

Salam sejahtera dan salam kemerdekaan untuk semua sahabat.

Sudah hampir sebulan tidak berjumpa cucu sulung, rasa rindu mengebu-gebu terbayang-bayang keletah dan suara ragamnya. Lebih dua bulan bersama saya kini ibu dan anaknya pulang ke Kuantan. Benar kata kawan-kawan kita akan rasa kehilangan dan rasa rindu bila lama tak jumpa cucu. Anak sulung saya Ummi bersalin awal . Khairin meadyna dilahirkan pada 16hbmei tatkala kami sedang sibuk menyediakan juadah untuk kenduri arwah anak dan bapa mertua. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi kami rezeki dan kebahagiaan.



Rindunya nenek kat dina, usia dina dah hampir 4 bulan sangat aktif tapi kuat merajuk.Tak pelah ye, dina nak perhatian lebih la tu. Nenek doa
kan dina sihat, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan Allah didunia dan akhirat..Amin.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan yang sahdu

Salam sejahtera sahabat2 yang mengenali dan kawan2 yang sudi singgah di blog saya.Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa semoga ramadhan ini akan meningkatkan kualiti iman mengukuhkan jalinan ukhuwah dan semoga Allah memberi keampunan, keredhaan dan keberkatan di bulan mulia.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim.
Tahun ini sangat menguji semangat kami..siapalah kita yang dapat melihat takdir.
Anak bungsuku Ahmad Zakwan 14tahun menyahut panggilan Ilahi pada 31hbjan09 kerana kemalangan jalanraya selepas seminggu berada di icu hospital Sg Buluh.
Belum lagi reda tangisan kami bapa mertuaku hj Salahuddin 86tahun menyusul meninggalkan kami pada 11hbfeb09..

Embah sangat sayangkan wan sebagaimana wan juga, rupanya wan menunggu embah.Berhari2 embah demam menyebut mengenangkan wan akhirnya Allah menjemput embah untuk bersama wan di sana.
Ya Allah, rindunya mama dengan mu nak. rasa ini tidak luput hingga saat ini. Mama hanya diberi sedikit waktu untuk menjaga mu.Belum puas memenuhi permintaan mu. Wan anak yang baik, tiada dosamu pada kami, mama halalkan segalanya. Wan di senangi dan disayangi oleh semua orang yang mengenalimu.

Ramadhan ini tiada lagi permintaan untuk berbuka, tiada lagi embah minta dihantar ke masjid, tiada lagi wan bermain meriam dengan kawan dan tiada lagi mama menunggu wan bertaddarus di masjid.

Ya Allah luka dan sakitnya ya Allah. Aku terima segala qada dan qadar ini. Anugerahkan kami ya Allah kekuatan iman atas segala dugaan yang Kau timpakan. Hanya Engkau ya Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuknya, segalanya kami berserah jangan lah kami diuji lagi kerana kami takut ya Allah tidak mampu untuk melaluinya.

Mama tidak akan berhenti berdoa untuk mu semoga Allah mengampuni mu dan mencucuri rahmat keatas roh mu dan embah dan semoga diletakkan disisi orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS