Ramadhan 1433H



Hari ini genap  16hari kita berpuasa dibulan Ramadhan..terasa sangat cepatnuya masa berlalu..Pelbagai program sudah dijalankan  untuk  pengisian rohani..Alhamdulillah  bertadarus dimasjid ditempat saya pun sudah selesai dan pada minggu hadapan  akan diadakan pula solat2 sunat dan majlis berkhatam..semoga saya diberi kesihatan yang baik agar dapat hadir di majlis itu nanti.

Puasa kali ini.. anak saya Sara dapat berpuasa dirumah sepenuhnya..ada la kawan waktu berbuka..Saya lebih suka masak untuk berbuka..dan sara akan ke bazar Ramadhan untuk mencari tambahan makanan yang digemari..seboleh mungkin saya cuba untuk mengelak pembaziran tapi nafsu makan kita pun tak jangka.. kadang-kadang terbeli makanan yang sudah di panaskan semula atau makanan langsung tidak sedap dimakan..

Selain tu aktiviti saya menjelang Syawal yang mulia mestilah membersihkan rumah.. Letak la perabut yang ada ke sudut lain dan alih-alihkan hiasan agar ade sedikit pembaharuan dari segi dekor walaupun semuanya  barang lama..Alhamdulillah semuanya masih dapt mengembirakan dan menceriakan hari-hari saya..

Semoga kita berjumpa lagi..selamat berpuasa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

kakrose said...

salam ramadhan ton.
sebagai seorang ibu tentulah sentiasa mengharapkan anak2 berkumpul sama masa berbuka puasa.anak cuculah yg menceriakan rumah kita..:)

Kak Aton said...

Kak yon sayang..
samalah berdoa agar anak2 memahami hati seorang ibu..:)

Kak Aton said...

Kak yon sayang..
samalah berdoa agar anak2 memahami hati seorang ibu..:)