Walimatul urus

Salam sejahtera.
Setiap hujung minggu ramai yang mengadakan kenduri kahwin..Tentu sibuk meladeni  jemputan yang banyak dari jauh dan dekat. Saya pun tidak terkecuali kerana ada jiran dan rakan-rakan mengadakan walimatul urus..Sedaya upaya saya cuba memenuhi jemputan jiran dan rakan untuk sama-sama memeriahkan majlis, sama-sama memberi doa restu dan  menyambung silaturrahim..

 sempat bergambar dengan kak ros

 cenderahati untuk tetamu

Hari ini sekali lagi saya dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan puteri seorang rakan bloggers  Hajjah rosinah (pangkin nenek) dan suami Hj Salleh..Majlis diadakan dikediaman barunya di sec U12 Shah Alam.
Waaau..cantiknya dekorasi majlis yang serba pink..Gabungan berbagai warna pink dan bunga segar sangat menyegarkan mata dan cantik sangat.
Kak Ros yang saya kenali memang seorang yang sangat kreatif dalam bab hias menghias..majlisnya meriah dan sangat teratur...dan sudah tentunya makanan yang disajikan memang sedaaaaap..
Saya pun tidak dapat lama-lama dirumah Kak Ros kerana nak menghadiri majlis ditempat lain pula..
Harapnya saya dapat datang kerumah kak ros lagi sebab nak tenguk taman rosnya yang sempat saya intai..
Jumpa lagi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam Kak Aton, akak pergi juga ya? pukl berapa akak sampai? Azzah pergi dalam pukul 2:30 ptg mcm tumas tu orang tengah ramai sangat... tak sempat lagi nak buat entri di blog...

Kak Aton said...

hai azzah..
akk sampai dlm pukul 12.30 tgh hari..masa tu belum sesak lg..skrg azzah dah brjiran dgn kak rose lah yee..

kakrose said...

salam aton..
terimakasih sudi datang. senang2 jemputlah datang lagi..:)