Buku rujukan kerjatangan

Salam sejahtera..
Mengisi masa terluang dengan membuat kerjatangan memang menjadi minat sejak lama dulu..
Minat ini pula berubah-ubah mengikut masa..dan kalau yang suka dengan kerjatangan saya, dapatlah menambah isi poket..
Adakalanya saya belajar dari guru, kawan dan merujuk dari buku sahaja..buku-buku ni ada yang lama dan baru..ia akan sentiasa bertambah mengikut keperluan.  Beberapa buku ada dipinjam terus hilang tanpa dikesan.
Buku-buku inilah yang menjadi rujukan, panduan dan kesayangan..




Ini ialah turutan kerjatangan yang saya buat dari dulu sahingga sekarang.


BUKU KAITAN
Inilah permulaanya..saya mula sejak remaja lagi..



BUKU CROSSTICH
Sulaman tangan yang sangat populer dulu sahingga sekarang..dulu2 mengambil tempahan tapi dah lama berhenti..masalah mata




BUKU SULAMAN MESIN
Dulu menyulam tak guna pun buku ni..buat corak sendiri atau tiru dari tudung..jumpa buku ni..saya beli juga.. Antara minat yang saya belum jemu lagi..




BUKU PATCHWORK
Saya mengambil kursus di Klang..pernah juga mengambil tempahan tapi sekarang hanya untuk sendiri sahaja.


BUKU SMOCKING
Saya belajar dari guru kemas tapi tidak dapat meneruskan minat ini kerana masalah mata..


BUKU JAHIT MANIK
Saya juga tidak dapat meneruskan  kerana masalah mata..tapi dah puas juga mengambil tempahan sebelum berhenti.



BUKU SULAMAN RIBEN
Saya merujuk sepenuhnya dari buku ini semasa membuat sulaman riben..kalau berpeluang nak ambil kursus sulaman riben..

Antara banyak kerjatangan ini SULAMAN MESIN lah yang paling lama kekal sahingga sekarang dan terus menjadi sebahagian dari kerjaya saya..
Jumpa lagi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

kakrose said...

salam ton..
teruskan minat tu. membuat kerja tangan pun boleh menghilangkan rasa bosan duduk di rumah seharian...