Tempahan sulam

Salam sejahtera..

Sukanya saya hari ni sebab hampir semua tempahan sulaman sudah siap, yang tinggal hanya baju keluarga terdekat sahaja. Bertahun saya me
ngambil tempahan sulaman, kali ini lah yang paling sedikit kerana saya berhenti mengambil tempahan sebaik arwah bapa jatuh sakit..Selepas bapa meninggal pun saya tidak lagi mengambil tempahan, yang ada hanya tempahan yang terdahulu..

Tahun ini tidak ramai yang minta sulam kerawang tebal..saya pun suka sesangat, ramai yang minta sulam ringkas dan sulam giler2 yang lebih sena
ng prosesnya..
Ini antara sulaman yang saya buat untuk pelanggan saya..


Saya pasti rakan maya pun sudah bergantungan baju untuk beraya dan lepas ni pula kita sibuk untuk menyediakan kueh raya...Saya hmmm bertahun tunjuk je, tak rajin lah..Kita bagi sokongan pula pada kawan2 yng berbisnes kueh raya.
Ok jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

MRS HAKIM said...

bertahun tahun mak sulam baju,, baju aci mesti last sekali dapt sulam..huhuhuhuhu...