Himpunan novel NB

Salam sejahtera teman-teman..
Minat membaca novel seiring dengan minat saya yang lain seperti menanam bunga, kraf jahitan, dekorasi dan sudah semestinya koleksi cawanteko lama.
Mula membaca novel untuk mengisi masa senggang dan sekarang saya boleh membaca dalam perjalanan sekiranya saya ada driver..

Pada mulanya saya tidak memilih pengarang novel..belasah je asal seronok,seperti geng2 antik saya juga ada geng novel.. selalu saya dan kawan2 sealiran akan bercerita mengenai satu2 novel yang bagus untuk di baca, tapi dalam ramai pengarang saya sangat lah suka dengan novel Norhayati Berahim.


Hampir semua novel NB terbitan Alaf 21 dan NB Kara saya dah kumpul, yang terbaru ialah layang-layang bertali kaca tapi setakat ini belum sempat baca lagi..saya suka baca dalam keadaan tenang dan tidak dihimpit dengan beban kerja. Sekarang saya sedang usaha mencari novel NB terbitan Creative enterprise antara tahun 1995 hingga 2003.
Kenapa saya suka novel NB..tentulah jalan cerita yang menarik, berlainan sentuhan antara novel-novelnya (tiada siaran ulangan dalam cerita) dan banyak lagi lah.
Harapan saya satu waktu nanti dapat ketemu dengan novelis yang berbakat ini..
Ok jumpa lagi bye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: