Pesta Buku Negeri Selangor


Salam sejahtera.
Hari ini saya berkunjung ke pesta buku yang diadakan di Kompleks PKNS. Banyak syarikat penerbitan mengadakan jualan sampai ram
bang mata saya.Yang pasti saya tak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi booth novelis kegemaran saya iaitu Norhayati Ibrahim.


Saya shopping sakan kat situ tapi bukan tuk saya sorang je..saya belikan sekali untuk adik dan kawan2. Biasa la...bila ada pameran k
ita mendapat harga discount di semua penerbitan.


Di sini juga diadakan pertandingan bercerita untuk sekolah rendah. Berani dan comel betul budak2 yang bercerita...bermacam fesyen yang di gayakan. Watak kartun yang tengah hot sekarang ni pun ada juga muncul sebagai maskot...siapa lagi upin dan ipin la. Seronok betul tengok budak2 tu ..teringat la pula zaman anak2 saya kecik dulu.


Memang la seronok tapi penat gilerrr. Buku pun belum sempat keluar dari beg.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

MrsNor said...

salam k.aton.
Ni mesti byk borong novel...

Kak Aton said...

Salam MrsNor.. gitula kalau dah suka..Saya layan je