Cucur jagung

Salam sejahtera..
Semasa kekedai  beli barang dapur tengah hari tadi nampak pula  bungkusan jagung  dalam peti ais..Tetiba tekak rasa nak makan cucur jagung petang nii..
Balik je saya pun terus buat cucur jagung..
Antara bahan yg saya bubuh dalam adunan ialah.. udang..bawang besar.. daun saderi dan lada besar yang saya potong-potong ..jagungnya..separuh saya kisar kasar dan separuh lagi saya biar berbiji jee..Yang lain tu saya bubuh telor..sedikit garam dan serbuk perasa..
Alahai mudah la..pasti ramai rakan bloggers yang pandai buat dan suka cucur nii kan..

 jagung siapdalam pelastik je..

 dah siap masuk bahan..simpan dalam peti ais

yang telah siap digoring..cicah dengan sos cili

Seperti biasa saya akan buat lebih untuk disimpan dalam peti ais..saya rasa la kan..rasanya akan lebih sedap..sebab semua perasa dah mesra dan bila digoring pun cantik..
Jumpa lagi..bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Barang lama lagi

Salam sejahtera..
Semasa dapur rumah saya dibaik pulih saya mengambil peluang untuk mengemas dan membersihkan seluruh rumah.. Ini ber,makna saya akan selongkar membuang dan menyimpan semula.. Masyallah banyaknya barang dan sampah kat rumah ni.. 
Dari satu laci ke satu laci..almari ke almari.. bilik ke bilik dan stor penyimpanan barang dapur..semuanya perlu di bersihkan..Sambil membersih saya pun melupuskan mana yang patut dengan cara membakar..
Ini ialah almari stor yang ada di dalam rumah dapur..luas dan bertingkat untuk menyimpan barang-barang..
Memang banyak barang lama ada tersimpan kat sini..
Jom kita tenguk..

 Ini la almari stor 2tingkat bawah dan 3tingkat atas

 pinggan lama berbagai bunga

 pemukul telor

 acuan kuih satu(putu)

 acuan bahulu tembaga

 acuan kuih ros

 dulang nasi ambeng

 acuan kuih sepit


alat membuat kerepek pisang

Ini lah antara barang lama lagi berharga yang terdapat dalam almari stor.. sekarang semuanya saya dah bersihkan dan simpan kemas dalam almari ini.
Jumpa lagi dan terima kasih sudi singgah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS