Selamat datang little angle

Salam sejahtera.. 




Dari hospital Tg Karang ummi dibawa ke hospital Sg Buluh pada pukul 5pagi . .Alhamdulillah cucu perempuan  kedua selamat dilahirkan  pada 6hb April pukul 10.45pagi.. 
Sekarang keduanya dah balik kerumah..saya akan menjaga mereka sahingga habis pantang..Agak kekok juga menjaga bayi pada awal ni..2-3hari nanti biasa la tuu.
Walaupun saya agak sibuk dengan jadual yang baru dan dengan kerja2 yang biasa saya lakukan tetapi saya lapang dada kerana mereka berdua dah selamat dan seronok pula melayan keletah dina yang  cemburu kerana perhatian kepada adiknya 
Semoga kehadiran ahli keluarga yang belum diberi nama ini akan memeriahkan dan membahagiakan keluarga saya.. 
Doa saya agar cucu-cucu saya menjadi muslimah yang beriman, bertakwa dan berjaya didunia dan akhirat ..Amin.                  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saat Yang Dinanti

Salam sejahtera..


gambar ehsan google

Saya baru pulang dari Hospital Tg Karang kerana menghantar anak sulung saya Ummi Nashrikin yang akan melahirkan anak kedua yang juga cucu kedua saya. 
Anak saya ni menetap di Kuantan. Tiga hari lepas saya balik umrah, saya bergegas ke Kuantan untuk bawa cucu sulung saya balik ke Tg Karang..mane la tau kot dia tak sempat balik ke kampung dah pula bersalin..
Tapi awal minggu lalu.. Ummi balik ke kampung sebab dia nak juga bersalin di sini.. lepas tu mula la saya menghantar Ummi untuk buat check up di klinik dan hospital disini.. Saya pun dah tak senang duduk. .nak keluar atas urusan pun risau sebab tarikh bersalin  dah lewat lima hari.. 

Dah ada tanda awal bersalin sejak tiga hari lalu tapi Ummi  masih tak nak ke hospital lagi sebab kalau  mengikut pengalaman pertamanya, masih lambat lagi proses nak melahirkan..
Tapi malam ni saya ajak juga Ummi ke hospital sebab disana tentu lebih selamat dan hati saya pun agak tenteram..Ummi sudah ditempatkan di wad dan saat ini  sedang menunggu waktu melahirkan..

Ya Allah..selamatkan lah anak dan cucuku..kuatkan la semangat mereka.. permudahkan lah ya Allah..Amin. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS