Kekwa Kuning

Salam sejahtera..
Dah lama saya tidak buat N3 teko dan cawan lama, sebabnya sudah lama tidak shopping memandangkan penempatan yang sudah sesak.. Nak tambah lemari lagi suami dah komplen sbb rumah dah penuh dengan almari pinggan cawan lama..
Kalau ade pun jika berpeluang saya akan menambah sebiji dua dalam koleksi..
Set kekwa kuning ini saya pernah buat n3 di SINI..berpeluang pula memiliki sebiji teko bulat dan satu pinggan leper..Pernah tak jumpa creamer n sugarnya..
Saya sangat sayang set ni sebab susah kan nak jumpa dan corak bunganya sangat cantik..




Pinggan  lepar ni beli dari  'Kedai Ipoh Loken' dan teko bulat tu dari 'Aina warisan nenek'.. Sekadar berkongsi hobi buat tatapan anda semua..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shopping lagi..

Salam sejahtera..
Pagi tadi hantar anak saya sara  ke Klang Central..nak lepak kat rumah kakaknya di Kuantan..Lepas tu saya terus ke  Kamdar Klang untuk mencari kain cotton untuk dibuat cadar..
Kat sini banyak pilihan, harganya pun memuaskan dan  sempena Depavali ada juga diberikan  harga discount.. 
Dari Kamdar saya nak ke kedai peralatan jahitan, lama sudah saya tidak memandu masuk kepusat bandar..jalan2 sudah ditukar halanya..Jauh la juga saya parking kereta. 
Setelah memasuki beberapa kedai..tak sangka2 saya jumpa pula dengan  Kak Yon  yang  sedang  mencari barang2 keperluan perkahwinan puterinya..Haa apa lagi pelok2.. kiss2.. dan klik2 laa


Masing2 sibuk dengan barang yang nak dicari tak dapat la nak cit cat panjang lebar.."Lain kali kita date minum cendol klang ye kak"

Ini antara barang yang sempat saya beli..
Bahan cadar tempahan pelanggan


 Benang crochet Minlon Family warna hijau..mencari sahingga kedai ke 8 baru jumpa


Sejak kebelakangan ni saya suka membuat crochet..ini kemahiran yang telah lama sangat saya tinggalkan.. Mula dulu beli sikit je..testing dulu..seronok membuat crochet ni boleh dibawa dan dibuat kat mane2 je.. 
Harap2 le menjadi..
Jumpa lagi..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menunggu Kereta Api

Salam sejahtera..
Kepada peminat novel NB, ada novel terbaru sudah ada dipasaran  bertajuk 'Menunggu Kereta Api'.. 
Tebal gak novel ni..ada 872 muka surat..wah lama la saya nak duduk melayan perasaan. Saya ni kalau dah start baca novel boleh lupa dunia sekejap..sebab tu bila start baca novel baru saya ketepikan hobi atau kerja yang lain..




Sekarang ni senang saya nak dapat novel NB..Di farmasi  K'Selangor ada menjual novel-novel  terbitan NB, dapat lagi potongan 10%....mudah dan seronok..
Selamat membaca dan jumpa lagi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga Ros

Salam sejahtera.
Apa khabar rakan maya, semoga rakan2 semua sihat dan gembira melayari kehidupan..
Salah satu cara untuk menghiburkan hati, kita boleh la layan hobi..salah satu hobi saya  tanam bunga laa..
Sekarang ni musim bunga ros agaknya..banyak yang saya tenguk  bunga ros pelbagai warna sedang berkembang di blog rakanmaya.. cantik sangat.. Hati saya pun mula la berbunga-bunga nak mencuba juga tanam ros..

 Gambar ros diatas bukan koleksi saya..hihi  ambil dari Mr google..cantiknya..


Sebelum ni saya belum pernah tanam bunga ros..Buat permulaan saya tanam sepasu dulu..tenguk serasi ke tidak.. saya cucuk je beberapa batang bunga ros yang saya minta dari jiran..
harap la ros suka dengan saya.. tak sabar rasanya nak tenguk ia berbunga..kalau serasi boleh la membeli anak pokok bunga ros pula
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS