Tempayan lama

Salam sejahtera..
Jom tenguk tempayan lama yang saya dapat dari seorang rakan warga emas dikampung saya.. 
Menurut rakan saya  tempayan ni kepunyaan arwah ibubapanya.. dulu diguna untuk menyimpan air hujan..beberapa biji sudah pecah kerana terbiar lama dan tidak diselenggara dgn baik..




Buat masa ni saya letak tempayan ni sebagai penyeri taman..
Jumpa lagi.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suasana hari raya

Salam sejahtera
Masih sibuk melayan tetamu..mencuri sedikit masa kesini merehatkan badan dan minda sebelum tetamu datang lagi.. masa ni saya hanya menerima tetamu yang ramai berkunjung sedangkan saya belum pun bergerak kerumah jiran.. jiran dan saudara2  pun faham sebab saya menjaga ibu mertua yang tidak mungkin ditinggalkan berseorangan untuk menerima tetamu..
Hariraya pertama saya dapat berkunjung kerumah emak, embah buyut dan adikberadik embah buyut..meriah dapat bertemu dengan sanak saudara..
Cucu saya yang sudah pandai bercakap pun memang sangat gembira menyambut raya kali ini..





Semoga kita boleh bertemu ramadhan lagi dan meraikan syawal yang mulia ditahun akan datang..
Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat semua yang sudi singgah..terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS