Seni Folk Art
Sarung bantal
Salam sejahtera..
Saya baru saja menyiapkan tempahan beberapa helai sarung bantal seorang pelanggan tetap..Sarung bantal ini dibuat dari kain cotton dan disulam berbunga..
Setiap satu set mengandungi 2helai sarung bantal..Menurut pelanggan saya, sarung bantal bersulam ini akan dijadikan buahtangan atau cenderahati untuk keluarga sempena menyambut hari raya nanti..
Sarung bantal ini serupa dengan hadiah GA saya baru-baru ini..
Set kuning Diraja
Salam sejahtera..
Apa khabar rakanmaya semua..semoga rakan bloggers dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira bersama keluarga tersayang.
Hari ini nak cerita pasal set kuning yang baru saya dapat..Tidak terpikir pun nak cari set ini tetapi pemberian seorang sahabat blog dan fb.. Har dari Har Home Deco..Sangat cantik dengan warna kuningnya yang terang dan berbunga halus dikeliling cawan dan teko..
Har menghadiahkan kepada saya set cawan 6biji..sangat terharu dan terimakasih yang tidak terhingga kerana pemberian ini.. Saya mengenali Har melalui blog dan pernah mengunjunginya kerana rumahnya berdekatan dengan rumah anak saya di Kuantan..Beberapakali saya datang ke Kuantan tapi hanya sekali je dapat berjumpa... Mudah-mudahan kita dapat jumpa lagi ye Har..
Tekonya pula saya dapat jejaki dari zazalimey..Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan sekarang semuanya sudah bermastautin di teratak Singgah aton dan memeriahkan lagi koleksi yang sedia ada..
Jumpa lagi...babaaaaaaaaai
Hari minggu
Ziarah bakal tetamu Allah
Salam sejahtera..
Saya baru balik dari rumah emak Azlina di Rumah Tunas Harapan Kuala Selangor.. Emak Azlina yang saya panggil emak akan keTanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah dan akan bertolak ke KLIA sebelum subuh nanti..
Sudah berjanji dengan Ina untuk ziarah emak sambil tu boleh jumpa Ina untuk menyerahkan hadiah GA yang dimenangi..Walaupun saya hampir terlupa dan hanya teringat pada pukul 9.30malam..Alhamdulillah dapat saya berjumpa dengan emak dan keluarga Ina..Emak saya lah yang saya usung untuk menemani perjalanan malam.. Ala dekat je 15-20minit perjalanan..
Dah jumpa memang susah nak cepat balik..borak dengan keluarga ina memang gamat..Apa pun kami doakan emak selamat pergi selamat balik,diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah..walaupun emak tidak berapa sihat sejak beberapa hari lalu, tapi emak sangat bersemangat untuk pergi menunaikan umrah...
Ok jumpa lagi dan terima kasih sudi singgah di singgah Aton
Berkunjung kerumah Azzah08
Salam sejahtera..
Dalam program EG PML2011 yang saya sertai..ditakdirkan saya menerima dari Azzah08 bila salah seorang peserta menarik diri. Ini kali kedua saya menyertai dan mendapat partner yang sama..
Alhamdulillah saya menerima 2set cawan bunga ros lembut dan saya gandingkan dengan set ros yang sedia ada.. Terima kasih Azzah..akk suka sangat menerimanya..
Kunjungan saya pertama kali kerumah Azzah di Shah Alam..Azzah memiliki banyak koleksi PML yang cantik2 .. sekarang azzah pun sudah mula menjual beberapa xtra koleksinya. Saya pun ada membeli mug dan teko mini rice grain darinya..Nanti bila dah membiak saya akan buat N3 rice grain pula.
Semoga program EG ini dapat merapatkan silaturrahim antara peserta dan membuatkan partner kita gembira menerima barang EG..
Jumpa lagi..
Baju sulam
Penerima GA Ulangtahun Perkahwinan 30
Kepada pemenang ke empat boleh hubungi saya..no ada kat kanan tuu
Jumpa lagi dan terima kasih..
Rakan Bloggers dan FB
Salam sejahtera..
Senang hati saya dah serahkan barang EG saya pada ct walaupun tarikh akhir lama lagi..sebab lepas ni saya dah sibuk dengan kenduri kendara dan tempahan sulaman untuk raya pulak..
Jumpa lagi...