Salam Aidilfitri 2011


Salam sejahtera
Bertemu lagi di kesempatan ini buat rakan mayaku yang pastinya sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut lebaran tidak lama lagi..bagi rakan yang duduk kat bandar sedang atau telah pun memulakan perjalanan balik kampung..Jalan raya pada waktu ini memang sesak dan padat.. kesabaran memang perlu agar perjalanan lancar dan mudah..Doa saya perjalanan rakanmaya ku kedistinasi dipermudahkan dan selamat..pastinya yang menunggu dirumah tidak sabar menyambut dalam kegirangan..


Saya memang tinggal kat kampung dan memang tidak merasai pun suasana balik kampung ..Beberapa hari menjelang raya dan semasa hari raya suasana kat pekan Tg Karang memang sesak giler..masa ni yang balik kampung seakan berpesta kat pekan..kedai2 semua penuh sesak ..Waktu ni saya hanya naik motor je jika nak ke pekan..sebenarnya saya cuba elakkan untuk kepekan sebab tidak mahu terperangkap dalam kesesakan.

Saya kena bersedia untuk menyambut tetamu yang balik kampung sebab saya duduk kat kampung..Saya lebih suka membuat persiapan awal agar bila mereka dah balik saya ada waktu untuk lepak2 dan melayan adik2, ipar2, anak2 dan cucu saya Dyna..Bestnya giliran  kali ni keluarga adik ipar dan keuarga anak saya beraya bersama saya..
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya buat rakanbloggers, followers saya dan silent readers yang sudi singgah disini..Maaf zahir dan batin..
Semoga hari raya tahun ini membawa kegembiraan untuk kita semua. jemput la  singgah ke pondok saya jika sudi.. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Syimama said...

Salam aidilfitri kak Aton dan keluarga.
wah bestnya baca cerita. Kak ada baraan tak?

Sy akan balik kg..n lalu kat tg karang tu, kulaan pun ada kat tg karang. kat ton kat mana, boleh kami singgah .. he3 cam ia2 je.

ok kak. Selamat hari raya, maaf zahir batin