Set WildRose

Salam sejahtera..
Bertemu kembali teman teman bloggers yang saya sayangi..
Kali ini saya nak buat N3 antik2 pulak..Ada set yang tak lengkap dalam koleksi saya, tapi nak intefrem juga..


Set wildrose, comey2 je bunganya, saya dapat set ni pun melalui teman bloggers..teko yang besar tu dari ezany, teko sederhana besar beli di Amc mall, teko kenit dari apek, oval comel tu dari Har dan cawan kecil tu dari Chah..dari merata tempat akhirnya bertandang di singgah aton..

Saya sangat mengidam nak dapat set cawan tapi belum bertemu lagi..Tak pe lah pelan2.. Insyallah ada rezeki ibu teko jumpa dengan anaknya, walaupun semakin susah kita nak temuinya..
Kepada teman teman jemput lah layan mata kita dengan set ini..terimakasih bye..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EG dan Bersama Azzah08



Salam sejahtera dan bertemu kembali..
Berlalu hari-hari yang sibuk sepanjang minggu ini..Alhamdulillah banyak kerja saya, dapat diselesaikan mengikut waktu yang ditetapkan..

EG yang dianjurkan oleh eija mengandingkan saya dengan Mastura dari Mashahomedeco, Saya sudah menghubungi mastura dan barang EG juga sudah di pos..haraplah mas gembira menerima EG dari saya.

Sementara itu saya akan menerima EG dari Azzah08..Selalu hai hai di alam maya, hari ini Azzah datang kerumah semata-mata nak hantar sendiri barang EG...
Mesti nak tenguk barang EG dari Azzah kan. Pandai Azzah teropong blog saya nak cari apa yang saya tak ade.. Memang saya sukaaaaaa sangat...


Bila saya nampak tureen saya dah menjerit suka sebab sebiji tureen pun tak ade..diiringi denga dua set cawan dan dua biji mangkuk bercorak batik..cantiknya biru hehe.



Betul kata Azzah bukan nilai barang yang menjadi persoalan tapi EG ini merapatkan persahabatan dari alam maya ke alam nyata..saya sangat tidak sangka dapat bertemu dan berkongsi cerita dengan azzah.. terima kasih Azzah, semoga perkenalan kita berkekalan hendaknya dan kita dapat berjumpa lagi..

Terima kasih juga kepada Eija sebagai penganjur..Ok jumpa lagi bye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tag datang lagi

Salam sejahtera


Terimakasih kepada kepada zaza, ezany dan teman maya yang lain kerana mengingati saya..dan memberi award yang cute..
Jom lah kita jawab soalan yang diberi..

1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
kerja di site yang perlu siap minggu ini...tumpuan sekarang

2. Apakah nama samaran you all ?
semua mengenali dengan nama kak aton

3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?
1) ahli keluarga saya
2) ibubapa saya
3) adik-beradik saya

4. Panggilan untuk si dia
si dia tu utk saya suami kan..abang le

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa
saya tidak memikirkan..cukup seadanya..

6. Blog mana yang you all suka visit ?
semua blog yg rajin update dan blog sehobi sejiwa

7. Tag kan kepada 15 blogger you all
di tujukan kepada yang sudi singgah keblog saya
terima kasih..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Himpunan novel NB

Salam sejahtera teman-teman..
Minat membaca novel seiring dengan minat saya yang lain seperti menanam bunga, kraf jahitan, dekorasi dan sudah semestinya koleksi cawanteko lama.
Mula membaca novel untuk mengisi masa senggang dan sekarang saya boleh membaca dalam perjalanan sekiranya saya ada driver..

Pada mulanya saya tidak memilih pengarang novel..belasah je asal seronok,seperti geng2 antik saya juga ada geng novel.. selalu saya dan kawan2 sealiran akan bercerita mengenai satu2 novel yang bagus untuk di baca, tapi dalam ramai pengarang saya sangat lah suka dengan novel Norhayati Berahim.


Hampir semua novel NB terbitan Alaf 21 dan NB Kara saya dah kumpul, yang terbaru ialah layang-layang bertali kaca tapi setakat ini belum sempat baca lagi..saya suka baca dalam keadaan tenang dan tidak dihimpit dengan beban kerja. Sekarang saya sedang usaha mencari novel NB terbitan Creative enterprise antara tahun 1995 hingga 2003.
Kenapa saya suka novel NB..tentulah jalan cerita yang menarik, berlainan sentuhan antara novel-novelnya (tiada siaran ulangan dalam cerita) dan banyak lagi lah.
Harapan saya satu waktu nanti dapat ketemu dengan novelis yang berbakat ini..
Ok jumpa lagi bye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kunjungan lagi

Salam sejahtera buat temanmaya..Beberapa keping gambar dari pc yang saya ingin kongsi ialah kunjungan kerumah seorang temanmaya..kakrose@yon sebelum beliau berangkat ke Mekah.
Kak rose lah orang pertama saya hubungi ketika mula2 saya belajar shopping di internet dan kemudian kak rose juga yang pertama datang berkunjung kerumah..Alhamdulillah dengan izinNya bertambah seorang lagi kenalan saya, semoga persahabatan ini akan kekal selama-lamanya..Amin

Kak rose ni seorang yang lemahlembut dan pandai membuat kerjatangan. Banyak hasil kerjatangannya dijual di blog yon's home deco.. dah datang kat rumah kakrose boleh shopping sekali.. koleksi2 hiasan pun sangat cantik dan menarik perhatian.
Sebenarnya beberapa keping gambar yang saya ambil disudut lain dah terdelete..jadi hanya ini saja lah yang dapat saya rakamkan untuk coretan kali ini..
Jumpa lagi..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS