Makan-makan lagi

Salam sejahtera teman-temanku, semoga sentiasa ceria dan sabar mengharungi pancaroba kehidupan.
Sabar jugalah saya masih boleh buat entry baru, menghadapi kerenah dan ragam komputer dan internet sangat menguji kesabaran.Harap-harap saya dapat menyiapkan n3 kali ini, jangan lah bengong lagi..
Ok lah kali ini saya buat N3 makan-makan, lama anak saya tunggu dan asik bertanya bila mak nak buat N3 makan-makan ni.
Lokasinya di Jln ss26/9 Kelana Jaya. Warung tepi jalan je tapi makanannya fulamak macam-macam rupa ada. Anak saya panggil warung ni warung william, dibuka pada sebelah petang membawa kemalam. Melihat pada susunan kerusi meja yang banyak memanjang di bahu jalan pastinya mengundang ramai pelanggan lebih-lebih lagi waktu malam.
Senarai makanan dan minuman memang banyak dan antara yang kami order ialah..


Minuman -Peach sparkling (gelas warna kuning)
Rebina longan (gelas warna ungu)
Special banana strawberry ice blended (gelas oren)
Gelasnya besar, rasanya satu gelas boleh kongsi 2-3 orang


Makanan -sivloin steak with mishroom sauce
chicken ham pizza with pineapple and tomato
nasi goring ketam scampy

Berbelit lidah saya nak menyebut menunya..tapi memang puas hati dengan semua makanan yang diorder, kata anak saya, sesekali tukar lah selera mak..ye laaa
Setakat ini terima kasih sudi singgah lagi disini, jumpa lagi bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertemuan

Salam sejahtera dan ketemu lagi di hari Jumaat yang mulia.
Hasrat nak berjumpa dengan Ina dari blog- Azlina terimalah aku seadanya asik je tertunda tapi bila saya tahu ina ada di rumah emaknya di K'Selangor, saya mesti luangkan masa untuk berjumpa dengannya..Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya dan adik bertemu dengan Ina dan keluarganya.


Pertama kali berjumpa emak ina, ina, suami dan anak-anak seolah-olah sudah kenal lama.. Ramahnya mereka ni, mulut saya pun tak reti nak diam, sempat lah saya cakap jawa dengan suaminya sebab dari suku yang sama hehe, banyak pengetahuan tentang rumah Tunas Harapan yang saya ketahui. Baru datang rumah emak pun dah cantik sangat hiasannya kalau datang rumah Ina kat Manjung, agaknya mau saya tak duduk dan mata naik juling. Ye lah Ina memang pandai menghias dan saya suka juga kerana hiasannya ada gabungan jati dan english style.
Sekarang Ina dan suaminya pun dah ambil tempahan rak kayu untuk hiasan..semoga murah rezeki Ina dan keluargamya
Ashik bercerta hanya sempat ambil gambar sekeping je..tak pe lah lain kali Insyallah kita berjumpa lagi.
Kepada Ina dan keluarga, diucapkan jutaan terimakasih kerana menerima kehadiran kami. Semoga kita akan berkekalan bersahabat selamanya. Kepada emak, semoga sentiasa sihat, kuat dan sabar mendidik anak-anak jagaan.Sesungguhnya emak memang seorang yang sabar, semoga Allah akan memberkati kehidupan emak di dunia dan akhirat..Amin.
Ok jumpa lagi..Bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Rose Pink

Salam sejahtera teman-teman yang budiman..

Ada beberapa koleksi saya, ada yang tak lengkap walaupun dah merata mencari pasangannya.. samaada ada teko tiada cawan, ada cawan tiada piring tapi ada pula tekonya. Saya ada juga meminta rakanmaya untuk menjejak kasih tapi sahingga kini masih belum ada tanda kemunculannya.





Antara koleksi yang saya maksudkan ialah set rose pink..sangat cantik bunganya dan manis pada mata saya lah..Saya jumpa teko ni lama dah.. dan beberapa bulan lepas saya jumpa cawan ni dari blog kak fauziah tapi tak dak piring.
Kalau teman2 yang ada xtra piring ni saya sedia membelinya..saya harap juga kalau teman ada jumpa piring untuk cawan ni tolong belikan dulu untuk saya ya..
Ok semoga kita berjumpa lagi, bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BOM block for Naiz

Salam sejahtera dan bertemu lagi kepada teman-temanku dialam maya.

Ini ialah bom block bulan Mac untuk Naiz.. semoga naiz ceria dan gembira kerana tiba giliran untuk menanti dan menerima kunjungan block2 kutu BOM

..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Big Rose


Salam sejahtera teman-teman yang setia menemani..semoga anda semua sihat hendaknya. Kepada peminat set cawan lama mesti dah bertambah koleksinya.. Alhamdulillah mesti set cawan tu gembira dapat tuan baru ye.

Set yg saya nak share kali ini selalu teman-teman namakan big rose..memang besar pun rosenya dan sangat cantik. Teko tu dah lama saya simpan sejak timbul minat ni, dengan pertolongan Nannie saya dapat membeli 6biji cawan seperti di atas dari cik Din.

Sementara 2biji cawan mulut lebar dan yg lain2 tu beli dibanyak tempat.


Ok sehingga jumpa lagi..terima kasih sudi singgah di singgah aton..bye.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedai macam-macam ada

Salam sejahtera temanmaya..semoga teman sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga yang disayangi.
Rancangan untuk membuka kedai online ini sudah tertangguh agak lama,Alhamdulillah hari ini waktu yang diizinkan untuk saya membuka kedai macam-macam ada.

Sesuai dengan namanya, hajat hati nak la jual berjenis barangan termasuk juga koleksi antik.
Kepada yang sudi singgah untuk menjamu mata boleh la klik pada bunga orkid saya atau pun di http://jualanhot.blogspot.com.
Selamat menjamu mata dan membelibelah di kedai macam-macam ada dan terima kasih atas sokongan teman budiman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS