Selamat menyambut Maulidul Rasul 1431Hijrah



Salam sejahtera dan selamat menyambut Maulidul Rasul buat rakan pembaca yang budiman


Marilah kita semua membacanya dan menjadikannya amalan seharian atau juga wirid sesudah solat. Banyak Khasiat dan fadilatnya....sumber dari ustazah Azimah.....Buat teman-teman sudilah kiranya ambil selawat ini dan diletakkan di blog masing -masing...

Cuti minggu ini saya akan melawat anak saya di Kuantan dan selepas itu akan keMarang Terengganu untuk ziarah keluarga besan, sambil tu melihat dan merasai sambutan Maulidul Rasul disana.
Selamat bercuti semoga kita berjumpa lagi..










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nannie my passion giveaway





joint giveaway nannie




Salam sejahtera rakan bloggers..N3 kali ini saya nak sama-sama memeriahkan giveaway nannie. Hadiahnya memang mengiurkan..Dermawannya nannie semoga sentiasa dimurahkan rezeki..Insyallah.



- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .
1. Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , 2. jadilah follower di blog nannie.
3. Buatkan entry simple tentang giveaway ini.
4. Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway diblog nannie
5. Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen
Hanya 4 orang pemenang
Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway nannie.Tak ada ruginya untuk mencuba.
Ya Allah mudah-mudahan ada rezeki saya.
Ok jumpa lagi dilain waktu..Bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bekal buat anakanda

Salam sejahtera rakan maya di mana jua berada semoga hari ini hari yang indah untuk anda sekeluarga.
Setelah bercuti selama seminggu, malam ini anak saya Sara akan pulang ke Perlis. Rasanya tak puas cuti kali ini sebab saya sibuk, tak dapat nak hantar Sara tenguk wayang dan jalan2 di mall, tapi ini lah yang perlu dialami oleh ibu2 yang anaknya bersekolah dirantau..sedih dan sunyi tatkala anak hendak balik ke kampus.
Selama seminggu bercuti sempat la Sara bersama-sama menyediakan persiapan untuk kenduri, dapat juga berjumpa kaum keluarga dan yang penting saya dapat belajar mengenai komputer lagi. Maklum saya ni bukan pandai komputer, selalu tekan-tekan terus jem komputernya..

Buat bekalan Sara dan kawan-kawannya.. adikku menyediakan mini pizza yang menjadi gilaan kami sekeluarga..maklumla bila buat sendiri inti pizza pun over le.


Kueh tepung gomak ni nenek Sara yang buat..memang sedap maklum tangan orang lama, tak sempat nak ambil gambar semasa dibuat..tau-tau dah siap.
Mama Sara tak buat ape pun, tumpang makan je.
Bas Sara bertolak pukul 10malam dari Klang central dan insyallah sampai di Kangar pukul 5pagi..semoga perjalanannya selamat, mudah-mudahan.
Minggu-minggu seterusnya rakan maya akan setia menemani ku..
Jumpa lagi..bye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti Tahun Baru Cina

Salam sejahtera rakan semua, masih lepak dirumah atau bercuti bersama keluarga
Semoga anda semua bergembira bersama keluarga.
Cuti tahun baru cina kali ini anak-anak saya d
apat balik kampung. Agak sukar untuk mereka berjumpa setelah anak sulung bekerja di Kuantan dan kedua pula belajar di Perlis. Alhamdulillah, adik-beradik dan anak saudara pun bercuti di kampung, saya mengambil kesempatan untuk membuat kenduri tahlil untuk arwah bapa mertua dan arwah anak lelaki yang telah kembali kerohmatullah setahun yang lalu.
Di samping tu juga saya meraikan hari jadi untuk anak sulung..Ummi yang lahir pada 25hbfeb dan Sara pada 12hbfeb....dah dewasa anak-anak mama.



Doa mama untuk Ummi dan Sara, semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dipanjangkan usia, di murahkan rezeki dan akan menjadi anak-anak yang soleh...amin.
Pada sebelah malam pula diadakan majlis tahlil. Kami sajikan nasi ambeng..maklumlah kami ni orang jawa, sape-sape nak rasa nasi ambeng meh la sini.
Ini rupa nasi ambeng original yang sedang disediaka
n.

Alhamdulillah ramai jemputan yang hadir, jutaan terima kasih kerana sudi datang kemajlis bacaan tahlil di rumah kami.
Sangat lega bila majlis yang dirancang selesai dan sempurna. Terima kasih juga kepada kaum kerabat dan jiran tetangga yang datang membantu..
Jumpa lagi...bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah baru





Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..
Terlebih rajin saya hari ni..nak buat N3 lagi..hehe harap tak jemu menyinggah disini.
Akhirnya kaktus kesayangan ku mendapat rum
ah baru.
Pada yang pernah membaca blog saya yang dulu.. sedia maklum saya sangat meminati kaktus dan rasanya kaktus pun serasi dgn saya.
Saya mula menempah rumah kaktus ni akhir tahun lalu dan hanya siap pada minggu ini.
Saya mula memindahkan kaktus dari rumah lama ker
umah barunya tanpa bantuan.. penatnya tapi sebab dah minat, apa nak buat.







Tapi ada beberapa pasu lagi yang belum masu
k rumah baru,berat pasu yang ni..sabar ye.

Ini lah antara minat saya yang memerlukan perhatian dan dapat menghiburkan lara.
Jumpa lagi...bye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BOM block for mus


Salam sejahtera para bloggers, semoga happy selalu..
Wajib tayang kedua kutu BOM block April untuk musliha,,harap gembira menerimanya.
Warna pilihan ialah merah pink dan putih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakura lagi

Salam sejahtera..
Apa khabar rakan blogers..semoga anda semua bahagia hendaknya..
N3 kali ini saya suka nak kongsi set sakura. Dul
u dah buat n3 sakura tapi kali ini ada tambahan pinggan bujur, teko aladin dan set cawan yang segak tangkainya.
Pinggan bujur ni besar betul, boleh juga dibua
t dulang..
Hmm saya memang sayang dengan set sakura ni..cantik sangat bunganya.
Ok........jemput la layan mata dengan koleksi sakura.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set pinggan makan

Salam sejahtera rakan maya semua.
Hmm seronoknya saya hari ini, setelah
4hari tidak dapat melayari internet kerana komputer saya masuk wad akhirnya malam ini dapat saya melayari blog rakan-rakan. Hari-hari saya ditemani rakanmaya terasa bosannya dan sunyi bila saya tidak dapat bersama rakan maya semua..
Seronoknya melihat koleksi rakanmaya y
ang semakin beranak pinak, macam-macam pula bunga dan bentuknya..Rasanya koleksi saya pun semakin surut untuk tayangan.
Tapi saya masih lagi ingin bersama rakan semua..
Kali ini saya nak buat entry pinggan makan pula
k..set pinggan saya tak banyak mana pun sekadar ada je..Antara pinggan-pinggan yang sempat buat tayangan.

Antara koleksi pinggan batik yang saya ada, pinggan-pinggan ini tiada cop mohor.

Pinggan batik yang berliku ini mempunyai cop johnson bros england.


4biji pinggan berbunga ini saya jumpa di satu majlis, kerana berkenan saya minta dari tuan rumah...memang tak malu betul..di bagi makan minta pinggan pula, juga tiada cop.

,

Pinggan-pinggan yang lain ni kepunyaan keluarga..ambil la sikit untuk simpanan.

Pinggan victorian rose ini saya beli kerana tertarik dgn warna dan corak bunga yang terang dan cantik sangat juga boleh digabungkan dengan set cawan VCR saya. Walaupun ada kesan kotor tapi saya rembat juga. Pinggan ini mempunyai cop flag & crown.

Ok ye sampai sini dulu semoga berjumpa di lain waktu..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS