Set victorian roses

Salam sejahtera rakan maya dan bersua kembali..Apa khabar, semoga anda semua sentiasa beroleh kesejahteraan.. amin.
Kali ini saya nak pamerkan antara set roses yang ada.





Set victorian roses nama yang saya tahu dari otai2 antik. Antara koleksi ros yang menambat ha
ti dan menjadi impian saya untuk dimiliki. Alhamdulillah.
Set ini menpunyai cop mohor yang berlainan, sudah pasti bentuk bunganya juga agak berbeza setiap satunya.
Setakat ini dulu jumpa lagi, terima kasih sudi singgah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kutu Bom 2010 Untuk Hani


Salam sejahtera dan bersua kembali.
Putih pink hijau warna pilihan hani, harap sangat hani suka dan minta maaf kalau tidak menepati piawaian. semoga kawan2 kutu bom dapat membantu dan memberi tunjuk ajar.
Ok hani, semoga akan menggembirakan waktu anda..terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Kaca

Salam sejahtera.
Hari minggu mesti ramai rakan-rakan melayan hobi mencari barang antik. Semoga barbaloi usaha rakan-rakan hari ini.
Set kaca yang saya nak share kali ini baru je saya kumpul..itu pun selalu tenguk kat blog rakan ada buat n3 kaca. Saya pun mulalah int
ai kat stor rumah dan kat kedai apek. Dulu-dulu set kaca memang popular jadi macam-macam bentuk yang boleh kita jumpa dan sangat nostalgia
Ini antara koleksi yang saya kumpul.


Ada juga koleksi dari pemberian rakan antik.

Set ini pemberian Nor64..terimakasih nor.

Set air mata ni pemberian dari nannie..terimakasih nannie

Beberapa set diatas sudah pun dipinang dan sudah diterima tuan barunya.
Setakat ini jumpa lagi terima kasih sudi singgah..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set oc bunga ros merah putih


Salam sejahtera kepada rakan maya yang budiman.
Hari ini teringin pula mengeluarkan set ini untuk digayakan depan kamera..Lama nak buat cerita rose yang sangat menawan hati dengan warnanya
yang segar.






Set oc rose ini saya mendapat dari banyak sumber..Set cawan ini dari kedai apek, teko gemuk pula dari Ajmah, yang tinggi lampai dgn creamer dari CMG, sugar bowl dan mangkuk nasi dari Nor64 dan set pinggan mangkuk dari besan saya di Terengganu.



wah ramainya yang melengkapkan set ini..Jutaan terimakasih kepada semuanya.
Set cantik ini saya rasa agak mudah rosak dan pecah..Pastinya set ini menjadi buruan peminat antik dan sangat cantik menghiasi almari kita.
Setakat ini dulu jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Projek jahitan 2010

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..
Saya sangat meminati seni jahitan tetapi tuntutan masa membuatkan banyak projek saya tergendala. Untuk tahun 2010 dan insyallah ketahun seterusnya saya ingin membuat dan menyiapkan beberapa projek secara serentak. Saya harap kali ini semua
nya akan saya gunakan sendiri..dulu mata duitan sikit bila orang nak beli sibuk pula nak jual.
Selain sulaman mesin, projek yang akan saya
siapkan ialah smocking, hexagon dan patchwork.
Smocking ialah kemahiran saya yang terbaru dan masih dalam proses belajar lagi. Kononnya nak buat tuk cucu..tu yang sibuk nak belajar lagi. Selalu tenguk smocking dari blog nannie juga
Sementara patchwork agak sudah lama saya tinggalkan dan kini minat semula bila selalu melihat diblog yang berkaitan.
Saya daftar nama untuk kutu bom quilt, satu projek yang dianjurkan dari blog my sewing room. Alhamdulillah masih mendapat tempat. Semoga dengan cara ini saya lebih rajin menyiapkan mengikut waktu dan dapat belajar dari mereka yang sangat mahir.
Ini antara yang saya pernah buat.





Peralatan dan antara kain yang sedia untuk projek kut
u bom quilts.


Smocking dan hexy yang seiring dengan patchwork(bom quilts)

Harap la saya tak jemu..
Setakat ini dulu jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS