Menang GA Kelly

Salam sejahtera ..

Pada 3hbOkt 2010 saya menyertai GA anjuran Kelly dari blog Kelly's life sempena ulangtahun perkahwinan beliau..Setiap kali  menyertai GA anjuran rakan bloggers yang pasti saya datang untuk memeriahkan.

Pagi 4hbDis Kelly menelefon  memberitahu yang saya memenangi GA tersebut...Rasa tentulah sangat gumbira dan sangat tidak sangka kerana inilah kali pertama saya memenangi hadiah dan  telah saya terima pada 9hbDis yang lalu..


Hadiah yang Kelly beri memang sesuai dengan jiwa saya iaitu koleksi pinggan cawan lama.. 


Saya menerima 2pasang cawan bunga ros hitam kekuningan, set teko dan gelas seramik, sebiji pinggan hiasan bercorak cup kek, satu set lengkap cawan bunga carnation oren dan satu set lengkap cawan bunga biru..selepas ini saya perlu mencari penempatan baru untuk semua koleksi ini..
Terima kasih Kelly yang sangat bermurah hati semoga anda kekal bahagia sepanjang usia dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Jumpa lagi...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS