BUNGA MATAHARI

SALAM SEJAHTERA dan bertemu kembali teman-teman maya..semoga teman-teman beroleh kesejahteraan dan gembira selalu..

Pastinya dalam masa 2-3 hari yg berlalu nama Tg Karang dan Kg Sungai Gulang-Gulang (kg saya lah tu) menjadi sebutan dan berita seantero malaya.. Di Tg Karang sahaja semua suratkhabar sudah habis dilanggan dipagi hari, sahingga kini banyak cerita dan spekulasi m
engenai kematian Siti Rohana dan Dato Abdul Aziz masih hangat diperkatakan..
Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menerim
a dugaan dan redha dengan ketentuan takdir.


Ok lah N3 kali ini saya nak tunjukkan pokok bunga matahari yang saya tanam tempoh hari sudah pun berbunga..sukanya saya tenguk bunga matahari ni tapi sang serangga pun suka juga singgah..
Dalam satu pokok ia ada beberapa tangkai bunga, pada masa ni banyak lagi kudup yang belum berkembang. Selepas bunga ini tua dan kering boleh diambil bijinya untuk dibuat benih .. Adakah selepas ini keliling rumah saya penuh dengan bunga matahari pula..hehe

Jumpa lagi di lain waktu BYE..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: