Set pinggan makan

Salam sejahtera rakan maya semua.
Hmm seronoknya saya hari ini, setelah
4hari tidak dapat melayari internet kerana komputer saya masuk wad akhirnya malam ini dapat saya melayari blog rakan-rakan. Hari-hari saya ditemani rakanmaya terasa bosannya dan sunyi bila saya tidak dapat bersama rakan maya semua..
Seronoknya melihat koleksi rakanmaya y
ang semakin beranak pinak, macam-macam pula bunga dan bentuknya..Rasanya koleksi saya pun semakin surut untuk tayangan.
Tapi saya masih lagi ingin bersama rakan semua..
Kali ini saya nak buat entry pinggan makan pula
k..set pinggan saya tak banyak mana pun sekadar ada je..Antara pinggan-pinggan yang sempat buat tayangan.

Antara koleksi pinggan batik yang saya ada, pinggan-pinggan ini tiada cop mohor.

Pinggan batik yang berliku ini mempunyai cop johnson bros england.


4biji pinggan berbunga ini saya jumpa di satu majlis, kerana berkenan saya minta dari tuan rumah...memang tak malu betul..di bagi makan minta pinggan pula, juga tiada cop.

,

Pinggan-pinggan yang lain ni kepunyaan keluarga..ambil la sikit untuk simpanan.

Pinggan victorian rose ini saya beli kerana tertarik dgn warna dan corak bunga yang terang dan cantik sangat juga boleh digabungkan dengan set cawan VCR saya. Walaupun ada kesan kotor tapi saya rembat juga. Pinggan ini mempunyai cop flag & crown.

Ok ye sampai sini dulu semoga berjumpa di lain waktu..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: