Cuti Tahun Baru Cina

Salam sejahtera rakan semua, masih lepak dirumah atau bercuti bersama keluarga
Semoga anda semua bergembira bersama keluarga.
Cuti tahun baru cina kali ini anak-anak saya d
apat balik kampung. Agak sukar untuk mereka berjumpa setelah anak sulung bekerja di Kuantan dan kedua pula belajar di Perlis. Alhamdulillah, adik-beradik dan anak saudara pun bercuti di kampung, saya mengambil kesempatan untuk membuat kenduri tahlil untuk arwah bapa mertua dan arwah anak lelaki yang telah kembali kerohmatullah setahun yang lalu.
Di samping tu juga saya meraikan hari jadi untuk anak sulung..Ummi yang lahir pada 25hbfeb dan Sara pada 12hbfeb....dah dewasa anak-anak mama.



Doa mama untuk Ummi dan Sara, semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dipanjangkan usia, di murahkan rezeki dan akan menjadi anak-anak yang soleh...amin.
Pada sebelah malam pula diadakan majlis tahlil. Kami sajikan nasi ambeng..maklumlah kami ni orang jawa, sape-sape nak rasa nasi ambeng meh la sini.
Ini rupa nasi ambeng original yang sedang disediaka
n.

Alhamdulillah ramai jemputan yang hadir, jutaan terima kasih kerana sudi datang kemajlis bacaan tahlil di rumah kami.
Sangat lega bila majlis yang dirancang selesai dan sempurna. Terima kasih juga kepada kaum kerabat dan jiran tetangga yang datang membantu..
Jumpa lagi...bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Acik Erna said...

salam ..lamanya tak makan nasi ambang..rasanya tak dapat merasa lagi dah..masa dok tanjong karang dulu..setiap kali ada kenduri nasi ambang sentiasa dinanti

Kak Aton said...

salam erna dan salam kenal..ala ciannya kalau nak rasa jemput datang tg lg kita makan nasi ambeng..yam yam