Set OC Kuning Berbunga

SALAM SEJAHTERA

Tidak semua koleksi yang saya kumpul semuanya lengkap. Ada kalanya sukar ya amat nak jumpa dan kalau ada pun sudah rosak lebih-lebih lagi set oc.



Antara koleksi lama yang saya dapat tetapi masih belum lengkap ialah set oc kuning berbunga. Apa namanya ye set ini saya belum tahu lagi. Cuba tengok kat blog CMG 14july09, ada N3 teko yang sama tapi lain bentuknya je.



Mula-mula tu saya dapat teko tinggi lampai. Agak lama juga baru jumpa 2biji cawan dan 3biji piring. Baru -baru ini saya jumpa pula pinggan bujur.

Mungkinkah satu masa nanti akan lengkap set ini. Alangkah seronok dan meriahnya kalau set ini dapat bersatu dengan set cawan yang masih bersembunyi tu.
Kalau rakan blogger ada lebih set ini boleh la kita berurus-urusan.
Terima kasih sudi singgah dan berkongsi cerita hobi kita.. Jumpa lagi.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kunjungan

Salam sejahtera..
Semoga anda sentiasa didalam kebahagiaan.




Hari ini saya menerima kunjungan seorang rakan blogger bernama kak rose atau kak yon dari blog ceritaku kehidupan ku. Satu masa dulu saya pernah berurusan dengan kak yon dan baru saya tahu kak yon dengan kak rose adalah orang yang sama..

Kak rose datang bersama suaminya, mereka berdua sangat ramah. Rupanya suami kak rose dahulu pernah tinggal di kampung saya. Kak rose ad
alah orang pertama kawan blogger yang datang kerumah..Alhamdulillah semoga kita berkekalan berkawan.



Ini adalah rak pemberian kak rose..

Kak rose terima kasih ye. Buat masa ini saya letak la koleksi ciput pelita dan teady bear anak. Tengok kat blog ramai yang kumpul pelita saya pun teringin juga untuk sama2 memeriahkan.

Kepada rakan blogger terima kasih sudi singgah. Jumpa lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Tembaga


Salam Sejahtera..Dimana pun rakan-rakan berada semoga sentiasa dalam kesejahteraan.

Hari ini saya nak share dengan rakan-rakan koleksi barang lama yang sedikit ini..walaupun ada sedikit tapi tetap dijaga agar tidak hilang ditelan masa.

Set tembaga ini memang dah sedia ada dirumah dan setakat ini saya belum lagi menambah kerana lebih ter'arah kepada cawan dan teko lama.
Dulang tembaga yang besar tu dulunya tersimpan di stor..besar dan agaknya apa gunanya waktu tu.Tapi dulu ramai orang nak pinjam..nak buat ape..Barang lama boleh tarik duit katanya..Main nombor la..ape lagi mak terus bungkus..tu simpan dalam setor je..Tapi sekarang ni saya dah display kat dalam almari



Dua biji dulang tu, dulunya digunakan sebagai dulang hantaran. Sekarang kat kampung2 dah ramai orang buat bisnes dulang hantaran. Ada juga beberapa botol celak Mekah...orang tua2 dulu suka pakai celak ni..



Tepak sirih ni besan saya dari Terengganu bawa untuk menyunting anak perempuan saya, bertambah koleksi lagi...



Seterika ini dulu banyak jasanya..saya jumpa dah terbiar dan memang la tak digunakan lagi saya pun gosok sampai berasap2. Dulu warnanya mac
am dayang senandong tu..Ni dah ok la juga.




Kenal tak kat dalam dulang tu..He he ini la dia batu timbang dulu-dulu. Berat tu..kalau nak buat exercise lengan boleh cantik lengan tu. Ini pun dulu rupa macam dayang senandung juga..
Masa buat penggambaran ni semuanya tak dimandikan dulu..kalau mandi mesti bersinar-sinar kan.. Banyak betul kejenya nak mencantikkan harta karun ni..

JUmpa lagi dan terima kasih sudi singgah.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Sakura

pa
Salam sejahtera pada rakan blogger yang sudi singgah.

Hari ini saya ingin buat catatan koleksi sakura. Agak lama juga nak dapatkan set cawan..lepas tu baru jumpa blog shopping koleksi lama kat ternet ni... Terima kasih pada Ajmah dapat juga akhirnya saya lengkapkan sakura. Teko pula saya dapat dua biji dari bentuk yang sama.. kalau ada rakan blogger nak bater dengan aladin boleh la e-mail saya..




Semasa jenguk Amcorp mall beberapa minggu lepas saya jumpa 6biji mangkuk kecil bunga sakura, apa lagi... rezeki2. Meriah sakuraku t
api saya belum dapat pinggan kueh lagi..Harap ada rezeki lepas ni.

Minta maaf ye sebab gambar tak clear la pula..tu la kalau tahu tekan punat je..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga ros hitam jambatan


Salam sejahtera
Hallo rakan-rakan blogger..semoga anda semua sentiasa gembira dan dalam kesejahteraan. Hari ini saya ingin berkongsi koleksi yang say
a miliki bunga ros hitam jambatan. Bunga ini juga popular di kalangan pungumpul koleksi lama. Walaupun warnanya hitam putih tapi ia tetap cantik dan saya sayang sangat2.



Bunga ros hitam jambatan ini saya jumpa diawal pencarian..mula-mula tu jumpa set cawan penuh lepas tu teko dan diikuti mangkuk gula dan jug susu..Pinggan mangkuk ada juga jumpa tapi tak boleh ambil semua sebab dah tak ada tempat nak simpan.

Ok jumpa lagi..jaga diri dan terima kasih sudi singgah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Kekwa Pink


Salam sejahtera..

Koleksi lama kekwa pink ini saya dapat nama dari otai kita..Yatt's. Seronoknya dapat tengok koleksi kita ada kat blog kawan.


Set kekwa pink sangat cantik dan sweet.Corak dan bunganya tu sangat memikat..

Set pinggan agak mudah saya jumpa ditempat saya dan saya berusaha mendapatkan cawan dan teko untuk melengkapkan set ini. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya walaupun mengambil masa. Rasanya set ini boleh ditambah lagi koleksinya seperti jug susu dan cawan kecil. Insyallah..kena saboo banyak2.

Jumpa lagi dan terima kasih sudi singgah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set bunga dahlia biru


Salam sejahtera..

Antara set cawan lama yang menarik perhati
an ialah set dahlia biru.Gembira dapat melihat set dahlia biru ini di blog Nannie, tentu meriah kalau bersatu... kan.

Dalam pencarian keluarganya yang lain saya hanya dapat menyatukan dengan teko dan pinggan kueh.Warna dan coraknya sangat cantik dan di halusi dengan lilitan perak pada cawan dan pinggannya. Ramai kawan2 yang melihat set ini jatuh hati dan tentu la nak memiliki tapi saya tak pernah jumpa set ini kat kedai2.. kat m
ana la ia menyorok.




Set ini masih belum lengkap tapi insyallah selagi minat masih menyala2 tanpa disangka satu hari nanti tentu dapatlah ia menyatu dengan familynya.

Untuk setakat ini jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan di Aidilfitri

Salam sejahtera..

Sempena syawal yang masih lagi disambut,ramai
yang mengadakan atau menghadiri jamuan raya disana sini.Pada tahun ini kami juga mengambil kesempatan mengadakan jamuan raya untuk kenalan, sahabat, saudara dan masyarakat kampung.







Inilah kali pertama kami mengadakan majlis kerana pada kebiasaannya dikampung2 tetamu boleh datang beraya bila2 masa saja.
Oleh kerana jamuan ini untuk semua ahli masyarakat kampung kami, ajk masyarakat pun terlibat sama menolong dan menyiapkan segala keperluan jamua
n.



Majlis diadakan pada hari sabtu 3hbOkt jam 2-6petang. Alhamdulillah cuaca elok dapatlah tetamu hadir kemajlis dan memudahkan kami melayan dan berbual
dengan tetamu yang hadir.






Kepada ajk masyarakat terima kasih kerana dapat bersama menjayakan majlis jamuan raya pada tahun ini. Semoga pengalaman ini boleh kita jadikan panduan dimasa2 akan datang.Insyallah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set kuning emas


Salam sejahtera..

Sewaktu awal pencarian set2 lama, saya berjumpa dengan set cawan dan teko berwarna kuning emas. Ia agak berbeza dengan set yang lain ya
ng pada biasanya berwarna putih. Coraknya melambangkan jepun dan made in jepun.Set cawan ni agak ringan dan besar mulutnya.




Selepas itu baru saya jumpa pinggan juga berwarna hampir sama tapi corak yang berlainan. Tak diketahui ia berasal dari mana sebab tiada cop mohor.Saya hanya mengambil 6biji untuk pinggan dan bila digabungkan untuk dekorasi bersama set cawan ia memang serasi..kan.

Ok kepada rakan2 marilah kita melayan mata..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS