RINDU NENEK

Salam sejahtera dan salam kemerdekaan untuk semua sahabat.

Sudah hampir sebulan tidak berjumpa cucu sulung, rasa rindu mengebu-gebu terbayang-bayang keletah dan suara ragamnya. Lebih dua bulan bersama saya kini ibu dan anaknya pulang ke Kuantan. Benar kata kawan-kawan kita akan rasa kehilangan dan rasa rindu bila lama tak jumpa cucu. Anak sulung saya Ummi bersalin awal . Khairin meadyna dilahirkan pada 16hbmei tatkala kami sedang sibuk menyediakan juadah untuk kenduri arwah anak dan bapa mertua. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi kami rezeki dan kebahagiaan.



Rindunya nenek kat dina, usia dina dah hampir 4 bulan sangat aktif tapi kuat merajuk.Tak pelah ye, dina nak perhatian lebih la tu. Nenek doa
kan dina sihat, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan Allah didunia dan akhirat..Amin.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan yang sahdu

Salam sejahtera sahabat2 yang mengenali dan kawan2 yang sudi singgah di blog saya.Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa semoga ramadhan ini akan meningkatkan kualiti iman mengukuhkan jalinan ukhuwah dan semoga Allah memberi keampunan, keredhaan dan keberkatan di bulan mulia.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim.
Tahun ini sangat menguji semangat kami..siapalah kita yang dapat melihat takdir.
Anak bungsuku Ahmad Zakwan 14tahun menyahut panggilan Ilahi pada 31hbjan09 kerana kemalangan jalanraya selepas seminggu berada di icu hospital Sg Buluh.
Belum lagi reda tangisan kami bapa mertuaku hj Salahuddin 86tahun menyusul meninggalkan kami pada 11hbfeb09..

Embah sangat sayangkan wan sebagaimana wan juga, rupanya wan menunggu embah.Berhari2 embah demam menyebut mengenangkan wan akhirnya Allah menjemput embah untuk bersama wan di sana.
Ya Allah, rindunya mama dengan mu nak. rasa ini tidak luput hingga saat ini. Mama hanya diberi sedikit waktu untuk menjaga mu.Belum puas memenuhi permintaan mu. Wan anak yang baik, tiada dosamu pada kami, mama halalkan segalanya. Wan di senangi dan disayangi oleh semua orang yang mengenalimu.

Ramadhan ini tiada lagi permintaan untuk berbuka, tiada lagi embah minta dihantar ke masjid, tiada lagi wan bermain meriam dengan kawan dan tiada lagi mama menunggu wan bertaddarus di masjid.

Ya Allah luka dan sakitnya ya Allah. Aku terima segala qada dan qadar ini. Anugerahkan kami ya Allah kekuatan iman atas segala dugaan yang Kau timpakan. Hanya Engkau ya Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuknya, segalanya kami berserah jangan lah kami diuji lagi kerana kami takut ya Allah tidak mampu untuk melaluinya.

Mama tidak akan berhenti berdoa untuk mu semoga Allah mengampuni mu dan mencucuri rahmat keatas roh mu dan embah dan semoga diletakkan disisi orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SULAMAN RIBEN



Salam sejahtera
Kali pertama melihat sulaman riben di internet saya terus jatuh cinta. Laman-laman sulaman riben menjadi panduan untuk saya belajar sulaman ini. terima kasih kepada guru-guru di alam maya antaranya umirose, mak lang, ann dll.

Mereka tak kedekut ilmu dan rajin juga melayan pertanyaan. Saya harap satu waktu dapat saya belajar di kelas yang mereka anjurkan..rasanya lagi puas dapat belajar depan guru.



Untuk kali pertamanya dapatlah saya hasilkan untuk alas meja sarung kusyen dan balang kueh. Kalau tengok kat laman sulaman riben lagi la banyak yang mengacau jiwa..semua nak buat.

Pastinya banyak lagi yang saya perlu betulkan dan pelajari. Nama pun baru belajar..tapi saya sangat gembira dengan kemahiran baru ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CROSTITCH


Assalamualaikum
Saya sangat meminati kerjatangan antaranya sulam crostitch, sulam riben, mengait benang dll.
Crostitch satu masa dulu sangat popular dan ramai wanita menghabiskan waktu senggang dengan menjahit crostitch. Ia cantik disulam untuk alas meja, kerusi dan untuk hiasan dinding. Banyak corak kita boleh sulam antaranya bunga, karton, haiwan, tulisan dan pemandangan.Masa tu ko
s benang dan kain sangat murah berbanding sekarang.Rasanya saya kena fikir banyak kali kalau untuk tempahan.. agaknya nape la benang sekecil itu pun naik harga.
Sebelum menyulam guna mesin saya
banyak mengambil tempahan crostitch. Sayangnya saya tak pula terpikir nak ambil gambar setiap yang saya dah buat.. Ala masa tu saya pun tak ada kamera. Walau pun gitu saya ada juga koleksi dalam simpanan
Ini antara yang ada dalam koleksi
saya.


Sulaman di atas tidak di ambil oleh pembeli jadi saya pun simpan saja..mungkin lepas ni boleh difremkan.



Yang ini pula tak siap lagi...Bila la saya boleh siapkan.
Ini semua yang berukuran besar..harga frem dulu2 pun dah mencecah rm200 sekarang tak tahu saya. tu takut nak gi kedai frem.
Saya tunggu sulaman ini popular semula agaknya baru ada feel nak buat.
Ok jumpa lagi di lain masa terima kasih ye kerana sudi singgah..






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS