kemahiran yang ku miliki




Saya mula menyulam lapan belas tahun yg lalu bila ibu mengeluh tiada yang hendak menolongnya.Ibu menyulam dan menjahit sejak berumur 15 tahun hingga sekarang. Kerana faktor usia, ibu hanya menjahit dan saya pula menyulam.Bermula dengan mesin Singer lama saya beralih ke mesin sulam Singer 20U43.Alhamdulillah dapatlah saya memperoleh pendapatan sendiri dan menyumbang kepada ekonomi keluarga.
Menjahit dan menyulam baju tiada surutnya. Ia boleh menjadi kerjaya tetap atau sambilan. kepada belia2 diluar sana jika berminat ceburilah bidang jahitan atau sulaman.Sekarang banyak kursus2 yang dijalankan oleh kerajaan atau swasta yang boleh di manfaatkan oleh belia2.
Saya seorang yang aktif di bidang ini tetapi bermula akhir january 2009 sehinggalah sekarang saya mengurangkan aktiviti ini kerana keluarga saya mendapat ujian daripada Allah dan sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada saya.
Insyallah saya mohon kepadaNya, saya dapat kembali aktif selepas Aidilfitri nanti.
Disini saya paparkan sebahagian gambar sulaman. Dengan rendah diri saya nyatakan takut untuk memperlihatkan gambar sulaman ini kerana kemahiran saya hanya biasa2 saja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

salam kak aton..dah lama akak menyulam ..
saya suka tengok sulaman dari benang nampak halus dan lembut...tapi saya tak tau menyulam...:-)

terimakasih kak..nanti boleh la tunjuk yang lain pulak..:-)

Mat Gebu said...

salam kak ton.nanti email saya---> adnanibrahim76@gmail.com yea